Tag Archives: Pos Laju

5 Sebab Kenapa Pilih City-Link Express

Aku dah berkecimpung dalam bisnes online sejak dari tahun 2008. Kebanyakan produk yang aku jual adalah produk fizikal. Memang seronok dan amat menguntungkan jual produk secara online ni. Lagipun ianya sangat mudah dan tidak memenatkan.

Perkhidmatan penghantaran adalah medium terpenting untuk memastikan barang yang dipesan oleh pelanggang sampai dengan selamat dan tepat pada waktunya. Jika self-collection ataupun COD (cash on delivery) tidak menjadi masalah kerana aku boleh deal dengan pelanggan untuk jumpa dekat mana-mana tempat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Bagi penghantaran produk ke luar Johor Bahru, aku mempunyai 2 pilihan perkhidmatan penghantaran:

  • Pos Malaysia – Pos Laju
  • Private CourierSure Reach, Sky Net, Nationwide, Matang Express dan City-Link Express.

Continue reading

(23687)

Yey!Sudah Sampai.

Dalam entri yang lepas iaitu mengenai Jelly Bunny, aku ada kongsikan sedikit info khas buat pembaca di blog yang naif lagi daif ni. Memang ramai yang memberi feedback mengatakan tidak pernah dengar tentang produk jenama Jelly Bunny. Aku sendiri pun baru-baru ini je tahu pasal kasut yang berbau wangi dan harum bak gula-gula.

Memandangkan di Johor ni belum ada lagi butik atau pengedar kasut Jelly Bunny, aku telah mintak tolong dengan adik ipar aku yang tinggal di Penang untuk membeli sepasang kasut Jelly Bunny itu. Khas buat XYL aku yang tercinta. Hu hu.

Melalui Whatsapp, kami berhubung dalam pada membuat pilihan warna dan design kasut yang berkenan di hati ketika adik ipar aku berada di butik Jelly Bunny. Senang betul pakai Whatsapp kan? Dah lah free, cuma nak kena ada access internet je. Continue reading

(2481)