Tag Archives: Puteri Kembar

Layan Lagu Oh My English!

Lagu ni makin top sekarang ni sejak siri ‘Oh My English!’ disiarkan di saluran 610 Astro.

Puteri kembar aku pun sungguh gemar dengan lagu ini. Setiap kali lagu ini dimainkan samada dalam tv ataupun radio, pasti mereka akan turut menyanyi dengan bersungguh-sungguhnya. Tapi apa yang aku dapat dengar dari mulut diorang hanyalah bunyi yang hujung-hujung je. Huhuhu…

Jom layan video klip lagu ‘Oh My English!’ nyanyian Liyana Jasmay dan Altimet.

Klik sini >>>Rahsia untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan pantas

(1232)

Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Salam Semua,

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah usia ikatan perkahwinan aku dan XYL yang ke 9 tahun.

Alhamdulillah segala kesenangan dan kesusahan dapat kami harungi bersama dengan penuh kesabaran.

Pengalaman banyak mengajar kami di dalam menempuhi hidup di alam rumah tangga. Pahit dan manis adalah lumrah di dalam kehidupan bekeluarga. Continue reading

(1379)

Rahsia Kelahiran Anak Kembar

Puteri Kembarku ketika berusia 2 tahun 2 bulan

Anak. Semua pasangan yang berkahwin sudah pastinya ingin memiliki zuriat dari keturunan sendiri. Anak adalah anugerah dari Allah S.W.T yang wajib kita pelihara,didik,jaga,bimbing dan sewaktu denganya. Namun begitu ada juga pasangan yang berkahwin tidak dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Ini adalah yang kita katakan rezeki dari Allah S.W.T. Kita mampu merancang dan berusaha, tetapi ketetapan dan ketentuan adalah dari Allah S.W.T. Continue reading

(2488)