About MY

Salam & Hi semua…

Saya Muhamad Yusri (jika tak beritahu nama pun rasenya anda dah boleh teka kan?),berasal dari Negeri yang tersohor dengan penyu iaitu Terengganu Darul Iman. Pernah menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan elektrik (elektronik) di UiTM,Shah Alam.Mula bekerja di Johor Bahru dari tahun 2000 sehingga sekarang dalam industri pembuatan (kerja kilang umumnya).

Penulisan blog ini hanyalah sekadar untuk eksperimentasi sahaja dan bukanlah untuk full time aktiviti.Apa sahaja yang terlintas di fikiran akan saya zahirkan di dalam sudut blog ini. Saya bukanlah blogger profesional mahupun blogger tegar.

Bermula dengan penulisan blog di platform free hosting blogspot (Blogger) pada tahun 2008.Kemudian pada tahun 2011 saya berhijrah ke platform WordPress dan domain serta hosting sendiri.Kepuasan memang terasa untuk berblogging kerana mempunyai cPanel sendiri seumpama memiliki rumah dan kunci sendiri.


Saya tiada apa-apa asas dalam bidang IT (ada la sikit-sikit sebenarnya.. 🙂 ),tetapi kerana minat yang mendalam saya tekad untuk belajar dan beriltizam di dalam dunia blog.

OK kawan-kawan semua,untuk mengetahui lebih detail lagi tentang saya,cuba explore lagi blog ni.Mungkin ada apa yang anda cari.Jangan lupa untuk bookmark blog saya ni dan lebih cantik jika subscribe terus emel untuk menerima entri-entri terbaru dari saya.

wassalam,
Yus,
admin@muhamadyusri.com

Muhamad Yusri [dot] Com

13 thoughts on “About MY

  1. Egrahim Bin Osman.

    Assalamualaikum .Terima kasih dapat baca blogger encik mohamad yusri. Saya dari Sabah. Oh Ya . Saya , Ada duit syiling 50 sen 1967,1968 dan 1969 dan duit syiling 1 sen tahun 1919 dan duit kertas rm 1 dan rm 2 .Kalau ada berminat kontek saya.Jual murah aje. by..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *