Restoran Johor Steamboat

Restoran Johor Steamboat

Ya.

Berita baik untuk ‘kaki makan’ khasnya untuk orang-orang Johor Bahru.

Restoran yang diberi nama ‘JOHOR STEAMBOAT’ milik bumiputera dan sudah pastinya HALAL akan dibuka di Taman Adda Height. Proses pembikinan kini sudah hamper siap sepenuhnya di samping R&D yang mantap adalah untuk memberikan sesuatu kelainan khas buat semua peminat steamboat.

Lokasi yang menarik di samping konsep restoran yang memenuhi citarasa sesuai untuk semua golongan sama ada berkeluarga mahupun golongan muda-mudi yang inginkan suasana santai dan sudah pastinya dengan hidangan yang lazat dan menyelerakan.

Wallpaper Restoran Johor Steamboat

Wallpaper di dalam Restoran Johor Steamboat Sumber:FB Johor Steamboat

Kepuasan pelanggan adalah sasaran utama Johor Steamboat. Oleh itu mereka menjanjikan satu kelainan yang sudah pastinya tidak terdapat di tempat lain. Semuanya adalah untuk peminat-peminat steamboat.

Gambar di bawah menunjukkan susunatur di dalam Restoran Johor Steamboat. Kerja-kerja renovasi kini sudah mencapai fasa terakhir. Terserlah ketelitian dan keunikan pada rekaan dalaman restoran ini. Ini pasti menjadi salah satu faktor daya tarikan kepada pelanggan untuk singgah ke Restoran Johor Steamboat.

Restoran Johor Steamboat under renovation

Susunatur dalaman Restoran Johor Steamboat.

Kepada warga Johor Bahru, jangan lupa untuk berkunjung ke Restoran Johor Steamboat yang bakal dibuka secara rasminya pada 18 Mei 2015. Nantikan tawaran istimewa sempena hari pembukaannya nanti.

Lokasi Restoran Johor Steamboat:

No.2, Jalan Adda 3/3,
Taman Adda Heights,
81100 Johor Bahru, Johor.

Juga boleh ditemui di laman facebook Johor Steamboat.

MY said: Tak sabar nantikan hari perasmiannya nanti…huhu

(2577)

About The Author

5 thoughts on “Restoran Johor Steamboat

  1. Pingback: Promosi Pembukaan Johor ‎Steamboat | MUHAMADYUSRI.COM

    1. muhamad yusri Post author

      betull…makan sensorang mana care…
      bawak same kaki makan memang berbaloi-baloi…
      kalau bawak kaki yg control macho control cun…huh memang rugi bebeno…hehehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *