Peperiksaan atau exam. Memang sesuatu yang amat mendebarkan dan merimaskan. Jika seseorang itu tidak betul-betul bersedia untuk menghadapinya. Tetapi jika selesai melaksanakannya ibarat satu kemerdekaan yang abadi.
OK. Entri kali ini aku ingin kongsikan di sini tips paling mudah untuk lulus Peperiksaan Radio Amatur atau RAE. Aku tahu ramai calon-calon di luar sana sedang berdebar-debar untuk menduduki RAE ni, serta pasti juga ada antara mereka yang mengharapkan ada soalan ‘spot’ atau pun ‘toyol’ untuk dibawa semasa RAE itu.Ha ha ha. Jangan buat ye benda macam tu.
Di bawah ni aku senaraikan 5 tips untuk lulus peperiksaan Radio Amatur atau RAE:
- Mesti tahu asas Elektrik dan Elektronik. Contohnya Ohm Law, V=IR.
- Baca nota ‘Guideline for Amateur Radio Service in Malaysia’. Baca sampai khatam ye.
- Buat latihan atau baca contoh soalan RAE yang lepas-lepas. Mesti buat ni. Soalan-soalan yang diberikan adalah sama sahaja setiap kali exam. Cuma sequence sahaja berbeza.
- Pilih bahasa yang sesuai semasa menjawab peperiksaan. Soalan RAE ada dwibahasa iaitu BM dan BI.
- Jawab soalan-soalan dengan jawapan yang betul untuk 50 soalan (minimum). Korang mesti yakin yang 50 soalan itu jawapannya TEPAT. RAE ada 100 soalan kesemuanya. Lagi 50 soalan korang nak hentam kromo, tembak atau lambung pakai dadu pun tak pe.
OK. Itu lah 5 tips untuk lulus Peperiksaan Radio Amatur dengan senang dan bergayanya. Apa yang paling penting ialah DOA sebelum memulakan peperiksaan. Kemudian tawakkal kepada Allah S.W.T. InsyaAllah pasti kejayaan menjadi milik korang.
Wassalam, 73.
de 9W2YSW
MY said: Aku masa ambik RAE pada bulan 12 2012 dulu TANPA menghadiri seminar,kursus atau pun kelas RAE yang dianjurkan secara rasmi ataupun tidak rasmi. Aku hanya buat 5 perkara di atas sahaja. Aku baca 2 set contoh soalan RAE yang lepas 1 jam sebelum menduduki exam. Alhamdulillah…berkat keyakinan,minat dan doa aku lulus RAE dengan hanya sekali ambil sahaja.
(7234)
About The Author
hoho..
dah lama tinggal nih..
mula balik lah bro…rugi tinggal gitu je…huhu
Hehe..berguna sangat ni buat mereka yang memerlukan..
sebenarnya tak de shortcut pun utk berjaya dalam apa jua bidang…kena usaha juga walaupun sedikit…
sy br nk mula membaca utk lulus exam mintak tunjuk ajar
semoga Berjaya tuan…
boleh share contoh2 soalan tak?