Di sebalik Kejadian Nabi Adam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan kita sehari lagi untuk bernafas di bumiNya ini. Syukur kepada Allah bagi sesiapa yang Allah kejutkan dia pada pagi tadi dan dapat bersama-sama mengerjakan solat Subuh berjemaah dan bersujud tilawah bersama Imam dan makmum-makmum yang lain. Bukan senang oi nak bangun jam 5.00 pagi. Mandi dan pergi surau atau masjid. Kalau solat dekat rumah bukan sujud Tilawah yang dia buat tapi sujud tak payah.

Kadang-kadang kita terfikir juga bagaimana Allah jadikan manusia ini bermacam-macam. Warna kulit ada yang putih, sawo matang, gelap, kelabu dan kemerah-merahanan. Ada tinggi dan ada yang rendah. Perangai pulak macam-macam. Ada yang suka senyum, suka marah-marah, bengis, hasad serta dengki dan macam-macam lagi. Continue reading

Kenapa Ada Lubang Pada Bumper Belakang?

Salam semua,

Sejak kebelakangan ini aku selalu terserempak dengan kereta yang berlubang pada bahagian bumper belakang.
Kebanyakannya adalah kereta Honda Civic dan tidak kurang juga kereta Proton Wira. Aku terfikir jugak kenapa diorang buat lubang pada bumper tu? Adakah ini trend? Bukan ke perbuatan itu telah mencacatkan fizikal sebuah kereta? Sayang sekali kan bumper itu ditebuk buat lubang dan menampakkan bahagian dalam di sebalik bumber belakang. Pasti ada jawapan yang logik dan berteknikal di sebalik lubang yang dibuat itu. Continue reading

e-Filing:Mudah,Tepat dan Selamat

 lhdn e Filing:Mudah,Tepat dan Selamat

Salam semua,

Kalian dah buat e-Filing? Masuk tahun ni, sudah 3 kali aku submit e-Filing di laman sesawan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalian pasti sedia maklum tentang e-Filing kan? Bagi mereka yang belum tahu, e-Filing adalah satu kaedah mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet.
Secara umumnya e-Filing terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1) Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
2) Tiada Punca Pendapatan Perniagaan

2 bahagian ini adalah yang biasa diisi oleh rakyat di Malaysia.

Macam aku ni, sudah pastilah isi borang yang nombor 2 tu. Continue reading