Nama Baru Aku

Semua orang kat atas muka bumi ini ada nama atau pengenalan diri kan? Macam aku lah Muhamad Yusri. Nama yang ayahanda dan bonda aku berikan sejak dari mula-mula lahir lagi. Tetapi hari ini, aku telah mendapat satu lagi pengenalan diri. Nama baru aku yang mana ianya unik dan tidak akan ada orang lain dapat memilikinya. Nama ini memang khas untuk pengendali Radio Amatur ataupun Ham Radio.

Callsign. OK, ia adalah pengenalan diri untuk seseorang yang mengendalikan peralatan dalam komunikasi Radio Amatur. Ia juga merupakan lesen yang wajib dimiliki jika ingin mengendalikan Radio Amatur secara sah.
Aku tak nak cerita panjang pasal maksud callsign tu. Aku cuma ingin kongsikan bagaimana caranya aku memohon untuk mendapatkan callsign ini.

SKMM Johor Bahru


Pagi ni aku pergi ke pejabat SKMM Johor Bahru yang terletak di Menara Ansar. Tak jauh mana pun dari rumah aku. Lebih kurang setengah jam memandu kereta dengan kelajuan ala-ala anak dara baru dapat lessen P.
Sesampai je di pejabat SKMM, terus aku bagitahu dekat staf kat situ nak jumpa dengan En. Fahrulrazi. Beliau memang pegawai yang ditugaskan untuk menguruskan permohonan Apparatus Assignment (AA) ataupun dalam bahasa ibunda Penguntukan Radas.

Pejabat SKMM Johor Bahru
Kebetulan hanya aku sorang je yang nak mohon AA masa pagi ni. Jadi terus aku serahkan semua dokumen yang berkaitan kepada En. Fahrulrazi. Korang tahu tak apa benda dokumen yang WAJIB dihantar untuk memohon callsign ni? OK, aku senaraikannya di bawah ni:
SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PERMOHONAN LESEN PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR
1. Borang permohonan “Amateur Service” yang telah lengkap di isi
2. Yuran permohonan sebanyak RM60. Harus diingat ya. Urusan TUNAI tidak diterima. Bayaran mestilah dalam bentuk Bank Draf/Wang Pos/Kiriman Wang/Cek atas nama “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia”. Manakala yuran tahunan pula sebanyak RM24 untuk Kelas B (9W) dan RM36 untuk Kelas A (9M).
3. Salinan surat rasmi keputusan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) ATAU cetakan keputusan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) dari laman sesawang SKMM.
4. Surat asal akuan sumpah. Jumpa je Pesuruhjaya Sumpah untuk tandatangan dan cop. Baru RM4.
5. Surat asal sokongan yang telah ditandatangani oleh 2 orang ahli MARTS atau pemegang penguntukan radas Radio Amatur Kelas A (9M). Macam aku dapat tanda tangan dari 9M2BAL dan 9M2AU semasa mengunjungi Flea Market anjuran JASRA di Clubhouse JASRA Bandar Baru UDA semalam.
6. Borang permohonan isyarat panggilan (Callsign)
7. Salinan Kad Pengenalan diri
Selepas menunggu lebih kurang 15 minit, Alhamdulillah akhirnya siap dan lulus sudah AA aku. Sungguh cepat, cekap dan effektif sekali servis yang diberikan oleh pegawai SKMM hari ini. Jadi sekarang aku sudah pun memiliki pengenalan diri yang baru (callsign) iaitu….

9W2YSW
Sebutannya ialah Nine Whiskey Two Yankee Sierra Whiskey

Penguntukan Radas

Dengan adanya callsign ini maka secara rasminya aku telah memiliki lesen Kelas B Radio Amatur.Cukuplah sampai di sini dulu coretan aku pasal nama baru aku ni. Harapnya persoalan korang telah terjawab mengenai tajuk entri aku untuk kali ini.

Waktu operasi pejabat SKMM Johor Bahru adalah seperti di bawah:

Waktu Operasi SKMM JB

MY said: Harapan aku artikel ini boleh menjadi panduan buat peminat-peminat Radio Amatur atau Ham Radio di luar sana yang tercari-cari info tentang bagaimana cara untuk memohon lesen atau callsign selepas lulus RAE. Jika ada kekusutan atau kekeliruan bolehlah tinggalkan komen di bawah atau pun hubungi aku secara personal.

(4069)

About The Author

20 thoughts on “Nama Baru Aku

  1. Adi

    Salam abg. Saya berminat nak dptkan lesen B. Saya tak tau nak mula dari mana. Cara-cara isi borang tu sume dan prosedur nak dapatkan lesen tu saya faham. Tapi dari mana nak dapatkan ilmu2 exam, lepas tu ada 2 orang ahli marts tu pulak. Mana la saye kenal… Mungkin abg bole respon dan bantu…

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Salam bro. Thx for comment kat blog ni.
      Ok bro nak citer pasal Radio Amatur kat sini memang tak habis.
      Panjang sangat. Nanti senang2 boleh send email kat saya (mycy7882@gmail.com).
      Saya cuba jawab apa yang bro Tanya dulu ok.
      Nak mula – Kena ambil exam RAE (2 kali setahun,bln 6 & bln 12)
      Ilmu utk exam – boleh baca nota,contoh soalan exam…biasa ada kelas/seminar utk RAE anjuran mana kelab/persatuan.SKMM pun ada buat juga.
      tandatangan 2 Marts – itu salah satu syarat masa nak apply AA/callsign.paling senang dapatkan tandatangan pemegang lesen kelas A (9M2).

      Harap jelas setakat ni bro…hehe.
      senang2 nanti email saya.thx bro.

      73.

      Reply
  2. Imran

    Assalamu’alaikum.

    Nak tanya, apa peralatan yang perlu ada kalau nak join radio amatur. Saya cadang nak ambik lesen tahun 2015. Buat mula-mula ni nak tahu apa yang basic. Terima kasih.

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Waalaikumussalam…

      Nak kena ada lesen dulu sebelum nak gunakan peralatan radio.
      tapi kalau sekadar nak monitor tak de masalah…
      boleh je guna handy untuk try dengar macam mana ham radio berkomunikasi di udara.
      Ok tuan…selamat datang ke dunia Radio Amatur.

      Reply
    1. muhamad yusri Post author

      kalau minat dengan radio amatur peralatan yang murah dan mudah adalah handy…kalau nak kira cukup tu memang tak cukup…huhu
      tapi jika ada modal dan berkemampuan bolehlah beli mobile rig untuk jalopy dan juga base rig untuk rumah…
      Bagus tu Tuan…saya harap tuan akan Berjaya dalam RAE nanti…

      Reply
      1. syafiq

        salam bro nk tanya, saya sudah lulus rae, jadi untuk dapatkan callsign, adakah wajib sy mempunyai apa2 set radio (radas) ataupun sy boleh shj mohon callsign tanpa radas, mohon pencerahan, terima kasih

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *