Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 Masihi

Alhamdulillah.Syukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita dan dapat lagi ketemu pada hari yang mulia ini.Tetapi ada di antara saudara-mara,sahabat dan jiran-jiran kita yang telah pergi terlebih dahulu kelmarin dan semalam.Hendak atau tidak,mati pasti akan tiba jua.Hanya masa sahaja yang menentukan,bilakah pula giliran kita!

“Ya Allah lanjutkan umur kami kerana kami takutkan mati dan berilah peluang lagi kepada kami untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah kami.Sesungguhnya terlalu banyak dosa kami kepada Mu ya Allah….”

Selawat dan salam untuk Nabi Mu Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.Kami memohon syafaat mu pada Hari Berbangkit nanti dan juga untuk ahli keluarga dan sahabat-sahabat mu…Allahumma solli ‘ala Muhammad.Wa’ala ali Muhammad.

Antara fenomena di akhir zaman nanti ialah RAMAI yang mengaku Islam,tetapi TIDAK RAMAI yang melakukan perbuatan-perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang beragama Islam.Diantara yang ketara sekali ialah TIDAK SEMBAHYANG.

Tok Bilal sakit tekak melaungkan Azan.“HAIYA ‘ALASSOLAHHHH”.Mereka pula menjawab,“Hampa semayang ajalah….kami tak payahhh”.Masjid dibina makin besar dan luas,tetapi jemaah makin pudar dan tempias.Harapan kita moga di antara kita tidaklah sedemikian rupa.Semuanya baik-baik dan patuh belaka hendaknya.InsyaAllah.

Pada post kali ini,bersempena Hari Raya Aidiladha ataupun juga dikenali dengan Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji,ingin sekali saya kongsikan cerita Nabi kita,Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Semasa hidupnya,Nabi Ibrahim adalah seorang yang suka menderma dan memberi makan hasil daripada sembelihan ternakannya kepada orang-orang miskin.Walaupun usia baginda sudah tua tetapi masih tidak mempunyai anak.Isteri baginda Siti Sarah juga sudah tua.Pada suatu hari baginda telah berkata,”Sekiranya aku mendapat anak Ya Allah,aku akan membuat sembelihan qorban”.

Setelah berkahwin dengan Siti Hajar barulah baginda mendapat seorang anak lelaki.Ismail nama diberi.Setelah remaja,Nabi Ibrahim mendapat mimpi yang mengatakan bahawa,”Dahulu engkau telah berjanji bahawa sekiranya engkau dikurniakan anak,engkau akan membuat korban.Sekarang engkau mesti tunaikan janji engkau”.

Dengan penuh yakin dan patuh kepada perintah Allah,Siti Hajar membenarkan suaminya Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Ismail.Ismail pula selaku anak yang soleh dan taat tidak membantah akan tindakan bapanya Nabi Ibrahim dan dengan rela hati membenarkannya.Ketika pisau yang tajam ditarik oleh Nabi Ibrahim untuk menyembelih leher Ismail dalam keadaan meniarap,Allah telah menukarkanya dengan seekor Kibasyh.Nabi Ibrahim menyempurnakan sembelihannya itu.Inilah IBADAH KORBAN yang semua umat Islam akan lakukan tidak lama lagi,Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah nanti.

Cubalah hayati Suratul Kauthar. “INNA ‘AKTHOINA KAL KAUSAR”.Kesimpulan diakhirnya,Allah menyuruh kita Solat dan buatlah Korban.Sesiapa yang tidak solat dan menunaikan korban seolah-olah dia telah memutuskan hubungannya dengan Allah.

Hukum Korban adalah SUNNAT MUAKKAT iaitu sangat-sangat dituntut oleh agama Islam.Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah “miss” membuat korban pada setiap tahun.Tetapi Nabi Muhammad S.A.W lebih gemar membuat korban kambing kerana pahalanya adalah sama dengan jumlah banyak bulu seekor kambing tersebut.

Korban ini menjadi WAJIB apabila kita telah berniat atau bernazar untuk membuat korban.Sebagai contoh jika kita berkata,”Kalau anak aku mendapat 20A SPM akan datang ni,aku nak potong unta seekor buat korban”.Jika dengan izin Allah,kalau betul dapat 20A,anda WAJIB korbankan seekor unta.Kalau tidak tunaikan nazar tu maka hukumnya adalah berdosa.Jangan main-main!

HIKMAH KORBAN :

~Mendampingkan diri lebih dekat dengan Allah dan Rasulnya
~Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim
~Dapat menghapuskan dosa-dosa kita kerana setiap helai bulu binatang ternakan yang kita korbankan  itu,nilainya SATU KEBAJIKAN.Kalau kambing,sama dengan bilangan bulu seekor kambing itu.Tetapi kalau masuk 1/7 bahagian seekor lembu,maka akan mendapat 1/7 nilai bulu lembu itulah.
Jika badan lembu tidak ada bulu macam mana?
~Sebagai ganti kenderaan kita di akhirat nanti untuk menyeberang titi Sirotul mustaqim.
~Akan terbit rasa insaf dalam diri kita untuk membantu faqir dan miskin yang tidak pernah dapat merasai makan daging setiap hari macam kita.Hanya setahun sekali sahaja.Kerana kita SEDEKAH kepada mereka yang kurang mampu.

JENIS BINATANG:

Unta
Kerbau atau lembu
Kibasyh
Kambing atau kacukan kambing…tapi bukan BARI-BARI ye ( kacukan babi dengan biri-biri).

KEADAAN BINATANG:

Fizikal mestilah kelihatan sihat tubuh badannya.Jangan macam jerangkung aje.Tulang yang banyak.
Tidak ada sebarang cacatnya pada seluruh anggota.Seperti: telinga putuslah,ekor separuhlah,hidung sumbinglah.Tetapi kalau binatang itu pekak,‘sound trouble’ sikit tidak mengapa.Boleh,sebab telinga dia masih ada.Mata cemei sebelah,tidak mengapa.
Eloklah yang masih TERUNA.Masih muda lagi.Janganlah cari umur macam ‘ayam pencen’ aje.Carilah umur macam ‘nasi kukus ayam dara kampung’ tu.
Janganlah cari binatang yang ‘gila’ pulak.Apabila diberikan daun-daun nangka/rumput dia tak nak makan, bagi pulak kain-kain buruk,habis dibahamnya.Tak boleh…tak boleh.Ini pasti lembu/kambing gila ni.
Janganlah yang sedang bunting atau yang baru beranak.

KESILAPAN KITA:

Kita telah memberikan nama dalam korban,tetapi cuma beri duit sahaja pada AJK Korban tanpa melibatkan diri sama atau istilah lainnya ‘menyibuk’ masa kerja-kerja korban dijalankan.Pada pukul 2.00 petang nanti, suruhlah anak atau orang gaji pergi ambik daging kat masjid/surau.Confirm markah tak penuh punya!
Janganlah menyakiti binatang korban.Semasa hendak menyembelih binatang korban itu,seluruh kaki,badan dan tangan binatang itu diikat kuat dengan tali dan ditambah dengan kayu.Jangan!Jangan!Berdosa.Habis hilang pahala korban.
Peliharalah adab-adab menyembelih.Bacalah Bismillah,Allahu Akbar 3 kali.Baca Bismilahirrahmanirrahim dengan mengadap ke arah kiblat.Gunakanlah pisau yang paling tajam.Pisau ‘stainless steel’ tu.
Janganlah sembelih lembu A di hadapan lembu B.Sebelum sembelih menayang-nayangkan pisau itu kepada lembu B.Sudah pasti kecut perut lembu B itu.”abisss..naya aku..lepas ni giliran aku pulak…”,kata lembu B.Hadanglah sedikit dengan kain atau apa-apa saja.

Hadith riwayat Ibn Abbas,namanya Abdullah bin Abbas,sepupu Nabi Muhammad S.A.W,antara 10 orang yang dijamin masuk syurga…pengertiannya adalah seperti di bawah:

Bagi yang tidak mampu hendak membeli lembu atau kambing,tetapi hendak berkorban juga,carilah ayam atau itik.Niatkan di dalam hati.Pohon pada Allah,”aku nak beli kambing tak mampu ya Allah.Nak beli lembu lagilah tak mampu.Apa yang aku mampu hanyalah ayam dara/itik dara inilah saja ya Allah”.Kalau hak milik sendiri tidak ada,maka belilah.Tumpahkan darahnya ke bumi di depan mata kita.Maksudnya SEMBELIHLAH SENDIRI selepas itu.TETAPI janganlah tiap-tiap tahun ayam aje.Apabila mampu nanti cubalah pula kambing atau lembu ke..

Sesudah sembelih,sedekahkanlah kepada faqir miskin,jiran-jiran.Sedekah seekor seorang lah.Janganlah pula dibahagi 7 bahagian ayam/itik itu macam bahagi lembu pulak.

Akan tetapi janganlah pula berkata,”Mat…ni daging ayam korban aku untuk tahun ni.Aku sedekahkan untuk engko”.HEBOH SATU DUNIA nanti.Niat sahaja untuk sedekah.

Tetapi,pengetahuan yang ini janganlah dibincangkan di luar sana ya,kerana bagi yang kurang kenal Ibn Abbas,macam-macam pulak tohmahan jadinya.

Harap maaf jika artikel ini panjang sedikit.Semoga kita dapat sama-sama menghayati dan jadikan ikhtibar.

My said: Selamat Hari Raya Aidiladha.

Note:Ini adalah entri re-post bersempena Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah/2012 Masihi.

(2309)

10 thoughts on “Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 Masihi

  1. Pingback: Selamat Hari Raya Aidiladha - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge