Category Archives: Tempat Menarik

Jalan-jalan Batu Layar

Pantai Batu Layar pada hari bukan cuti umum

Cuti Tahun Baru Cina.Apa perancangan anda sempena hari cuti ini ya? Tidak kiralah anda bujang atau sudah berkeluarga.Jika orang bujang mungkin ada perancangan untuk beraktiviti bersama rakan-rakan,teman istimewa,tunang ataupun mungkin jua lebih selesa bergerak secara solo.

Manakala bagi mereka yang sudah berkeluarga pasti tidak akan melepaskan peluang begini untuk bersama-sama isteri serta anak-anak samada pergi bercuti, membeli-belah ataupun melakukan sebarang aktiviti riadah yang boleh mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kekeluargaan.Tidak kurang juga mengambil keputusan untuk bersantai di rumah sahaja mungkin kerana malas untuk menempuh kesesakan jalan raya semestinya serta hiruk-pikuk di tempat-tempat awam. Continue reading

(2421)

Lunch Gathering Sebelum Tahun Baru Cina 2012 @ Master Chef,Taman Gaya

Tiba jua masanya untuk saya dan kawan-kawan di dalam Engineering Department menikmati hidangan makan tengahari yang sedap bersempena Tahun Baru Cina 2012. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina. Tahun ini merupakan tahun Naga dalam kelendar Qamari Cina. Saya tak nak bercerita panjang tentang Tahun Baru Cina, tetapi apa yang paling penting adalah lunch hari ini ianya disponsored oleh ‘Boss-boss’ kami. Continue reading

(1293)

Team building @ Bukit Gambang Resort City Pahang

Pada 18hb & 19hb November 2011, saya beserta staf-staf lain dari syarikat tempat saya bekerja telah mengikuti program Team Building yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Pahang. Jauh juga tempat itu tetapi itulah pilihan pihak pengurusan untuk Team Building kali ini. Sebenarnya setelah lebih kurang 11 tahun saya di alam pekerjaan dan ini adalah kali pertama dapat peluang mengikuti program sebegini. Sudah 6 syarikat saya bekerja dan inilah syarikat pertama yang mengadakan Team building untuk staf-staf mereka. Syarikat-syarikat lain ada juga yang buat xtvt ini tetapi mungkin saya tak berpeluang untuk menyertainya ataupun belum sempat samapai masa saya pula yang berenti. Continue reading

(2015)