Tag Archives: Hari Raya

Uniknya Duit Syiling 50 Sen Terbelah

Antara koleksi duit syiling 50 sen aku

Entah kenapa ya aku sendiri pun tak pasti kenapa aku masih menyimpan duit syiling 50 sen terbelah ini. Semasa aku kecil dulu, duit syiling ini biasa-biasa saja dan mudah diperolehi. Tetapi pada masa kini, jika terjumpa duit syiling ini pasti akan menjadi sesuatu yang agak pelik tetapi benar. Mana tidaknya, duit syiling sebegini sudah boleh dikategorikan sebagai unik dan memang susah sekali untuk diperolehi.

Kenapa ianya unik? Salah satu sebabnya ialah pada bahagian tepi syiling ini mempunyai ‘longkang’ dan dek kerana itulah ianya dikenali sebagai syiling 50 sen terbelah. Design seperti ini memang tidak ada pada duit syiling yang lain. Koleksi yang aku ada sekarang adalah daripada tahun 1967 dan 1968. Bayangkan usianya sudah pun mencapai 44 dan 45 tahun. Jauh lebih tua dari aku. Aku belum lahir lagi duit itu sudah ada. Continue reading

(22480)

Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1431 Hijrah / 2010 Masihi

Alhamdulillah.Syukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita dan dapat lagi ketemu pada hari yang mulia ini.Tetapi ada di antara saudara-mara,sahabat dan jiran-jiran kita yang telah pergi terlebih dahulu kelmarin dan semalam.Hendak atau tidak,mati pasti akan tiba jua.Hanya masa sahaja yang menentukan,bilakah pula giliran kita!

“Ya Allah lanjutkan umur kami kerana kami takutkan mati dan berilah peluang lagi kepada kami untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah kami.Sesungguhnya terlalu banyak dosa kami kepada Mu ya Allah….”

Selawat dan salam untuk Nabi Mu Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.Kami memohon syafaat mu pada Hari Berbangkit nanti dan juga untuk ahli keluarga dan sahabat-sahabat mu…Allahumma solli ‘ala Muhammad.Wa’ala ali Muhammad.

Antara fenomena di akhir zaman nanti ialah RAMAI yang mengaku Islam,tetapi TIDAK RAMAI yang melakukan perbuatan-perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang beragama Islam.Diantara yang ketara sekali ialah TIDAK SEMBAHYANG. Continue reading

(1799)