Category Archives: General Info

Selamat Hari Guru 2015

Hari Guru

Setiap kali tiba 16 May setiap tahun, Hari Guru pasti akan disambut oleh semua lapisan usia tidak kira muda atau pun tua. Hari untuk mengenang jasa dan pengorbanan warga pendidik khususnya. Ada macam-macam cara dilakukan untuk menunjukkan ekspressi penghargaan kepada guru. Beri ucapan melalui kad ucapan (ada lagi ke?), kiriman SMS dan kini lebih popular melalui media sosial seperti facebook, tweeter, instagram dan whatsapp.

Sebenarnya guru ni meluas pengertiannya. Tetapi kalau sebut guru orang pastinya akan membayangkan cikgu-cikgu di sekolah. Tak kiralah sekolah rendah ataupun menengah. Guru ada macam-macam guru. Guru tadika, guru mengaji, guru silat, guru tari, guru sukan, guru menjahit, guru agama, guru bisnes, guru blog dan macam-macam guru lagilah. Memang banyak sangat tak tersebut aku di sini. Kan ada guru yang terasa hati sebab tak sebut nama dia. Continue reading

(655)

Suatu Pagi di Lebuh Raya Senai-Desaru

Lebuh raya Senai-Desaru atau pun Senai Desaru Expressway (SDE), kini menjadi antara laluan jalan raya utama di Johor. Lebuhraya yang menghubungkan di antara Senai, Ulu Tiram,Pasir Gudang dan Kota Tinggi ini juga dikenali dengan nama E22.

Selain menjadi jalan utama di Johor, SDE juga mempunyai daya tarikan tersendiri iaitu sebuah jambatan yang merentasi Sungai Johor yang tersergam indah dan begitu gah sekali binaanya.Walaupun tak sepanjang jambatan Pulau Pinang, tetapi warga Johor kini sudah tidak perlu bersusah payah pergi ke Pulau Pinang lagi kerana di SDE pun ada jambatan seumpama itu.

Jambatan Senai Desaru Expressway

Jambatan SDE tersergam indah merentasi Sungai Johor

Continue reading

(1344)

Hari Merdeka Malaysia ke 57

Salam merdeka,salam hari kebangsaan yang ke 57 tahun buat negaraku Malaysia tanah tumpahnya darahku.Sambutan hari merdeka sudah pastinya sinonim dengan kibaran Jalur Gemilang iaitu bendera kebanggaan kita.Di situ terletaknya maruah bangsa dan negara kita.Jadi tidak sah kalau jalur gemilang ini tidak dikibarkan.Tidak kiralah di mana-mana jua sekalipun.Di rumah-rumah kediaman,di bangunan pejabat,sekolah mahupun kenderaan.

Aku turut mengambil bahagian dengan memasang jalur gemilang di jalopy ku sebagai tanda sokongan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka.Korang pulak buat apa sempena hari merdeka kali ini yang temanya Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Continue reading

(1116)

5 Sebab Kenapa Pilih City-Link Express

Aku dah berkecimpung dalam bisnes online sejak dari tahun 2008. Kebanyakan produk yang aku jual adalah produk fizikal. Memang seronok dan amat menguntungkan jual produk secara online ni. Lagipun ianya sangat mudah dan tidak memenatkan.

Perkhidmatan penghantaran adalah medium terpenting untuk memastikan barang yang dipesan oleh pelanggang sampai dengan selamat dan tepat pada waktunya. Jika self-collection ataupun COD (cash on delivery) tidak menjadi masalah kerana aku boleh deal dengan pelanggan untuk jumpa dekat mana-mana tempat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Bagi penghantaran produk ke luar Johor Bahru, aku mempunyai 2 pilihan perkhidmatan penghantaran:

  • Pos Malaysia – Pos Laju
  • Private CourierSure Reach, Sky Net, Nationwide, Matang Express dan City-Link Express.

Continue reading

(23687)