Tag Archives: selamat hari lahir

Selamat Hari Lahir dan RAE 2012 Siri 2

34 tahun

Salam semua,

Hari ini genap umurku 34 tahun. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Apa agaknya yang istimewa pada hari ulang tahun kelahiranku tahun ini? Tiada apa-apa yang istimewa rasanya. Cuma aku telah mengambil cuti sempena hari ulang tahun kelahiran aku ini. Kenapa? Nak celebrate dengan family ke? Huhu…

Takdalah, aku ambil cuti kerana hari ini aku telah ke Melaka untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE). Peperiksaan ini telah di adakan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Aku pergi satu family sambil-sambil bawak XYL dan harmonics jalan-jalan.

Continue reading

(2688)

Selamat Hari Lahir Buat Isteriku

Salam semua,

Hari ini adalah hari yang amat istimewa buat ku kerana telah genap 30 tahun usia isteriku. Kebiasaanya di dalam entri-entri aku yang lain, aku sebut XYL untuk isteri. Hari ini juga merupakan hari pertama isteriku memulakan kerja di tempat barunya.

Dikesempatan ini aku ingin lahirkan ucapan selamat menyambut hari lahir yang ke-30 buat isteriku, semoga sihat walafiat selalu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan gembira di tempat kerja yang baru. InsyaAllah…Amin…

Diharapkan bergembira pada hari bahagia ini..muah-muah 🙂 .

Antara hidangan yang berjaya disediakan pada hari kejadian

(2551)