Tag Archives: XYL

Selamat Hari Lahir Buat Aku

Ermmm…

Korang tahu tak hari ni hari apa? Ha ah…memanglah hari Khamis. Esok hari Jumaat.Huhu.
Alah, tak cerita pun tak pe. Baca tajuk entri ni pun dah tahu.

Ye…hari ni dah genap usia aku 35 tahun. Selamat Hari Lahir Buat Aku.
Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku peluang untuk bernafas di atas muka bumiNya. InsyaAllah akan aku laksanakan ibadah dan perintahnya dengan sesempurna mungkin dan meninggalkan segala laranganNya. Amin…

Apa yang menariknya hari ni? Kalau tahun lepas aku dan family pergi ke Melaka kerana aku menduduki peperiksaan RAE. Tahun ni aku dan family meraikan hari bahagia ni di Marrybrown Johor Jaya je. Continue reading

(1272)

Selamat Hari Lahir Buat Isteriku

Salam semua,

Hari ini adalah hari yang amat istimewa buat ku kerana telah genap 30 tahun usia isteriku. Kebiasaanya di dalam entri-entri aku yang lain, aku sebut XYL untuk isteri. Hari ini juga merupakan hari pertama isteriku memulakan kerja di tempat barunya.

Dikesempatan ini aku ingin lahirkan ucapan selamat menyambut hari lahir yang ke-30 buat isteriku, semoga sihat walafiat selalu, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan gembira di tempat kerja yang baru. InsyaAllah…Amin…

Diharapkan bergembira pada hari bahagia ini..muah-muah 🙂 .

Antara hidangan yang berjaya disediakan pada hari kejadian

(2528)

Berbuka Puasa Dengan Bubur Lambuk Terengganu

 

Bubur Lambuk Terengganu

Salam semua,

Apa agaknya juadah berbuka puasa hari ini ye? Macam-macam jenis makanan pasti berligar-ligar di kotak fikiran untuk dinikmati ketika berbuka puasa. Pada bulan Ramadhan apa jua jenis makanan yang dijual pasti akan mendapat sambutan. Maklumlah nafsu makan meningkat berkali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan biasa. Makanan dan minuman jika dilihat di pasar Ramadhan (param) pelbagai jenis ada. Semuanya nampak sedap belaka. Bak kata orang, “Batu-bata jika dicolor-colorkan sedap juga yer” 🙂 . Begitulah nikmatnya pada Bulan Puasa ni.

Aku tak nak buat intro panjang-panjang. Nantikan ada pulak yang rasa boring. Yer lah, bilalah agaknya nak cerita pasal tajuk entri nih. Duk cerita pasal makanan kat param memang tak kan habis. Continue reading

(2311)