Emm.
Tiba-tiba je cerita pasal Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru ni menjadi perbualan hangat di tanahair. Apa sebenarnya kejadian yang menjadikan Villa Nabila ni terkenal? Sebelum ni cerita pasal Villa Nabila ni pernah heboh satu Malaysia. Tapi kini ianya kembali ‘berhantu’. Ini adalah gara-gara berita tentang kehilangan seorang remaja bernama Mohammad Izzat Izzuddin di villa tersebut pada hari Sabtu yang lepas.
Berita terkini melaporkan bahawa remaja berkenaan telah pun dijumpai di rumah kawannya di Taman Mutiara bersama teman wanitanya. Maka selesailah misteri kehilangan remaja itu di Villa Nabila.
Apa Citer Villa Nabila?
Sebelum ini terdapat laporan di laman sosial bahawa seramai 23 kanak-kanak telah hilang di banglo Danga Bay pada Sabtu yang lalu. Namun begitu, pihak polis telah menafikan laporan tersebut.
Villa Nabila di Danga Bay merupakan antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia. Terdapat beberapa versi tentang banglo berhantu ini, antaranya ialah tentang keluarga yang dibunuh oleh perompak dan anak perempuan yang dibunuh bernama Nabila. Ada yang mengatakan nama asal Villa Nabila adalah Christine Palace.
Aku rasa tak payahlah bercerita panjang lebar pasal cerita ni kerana korang boleh cari kat google. Berlambak berita dan artikel yang telah diterbitkan. Bacalah sampai pening kepala korang. Lepastu pandai-pandailah buat rumusan serta kesimpulan.
Aku rasa macam teringin pulak nak pergi ke Villa Nabila tu. Sebelum ni setiap kali lalu kat jalan Danga Bay tu, aku jeling-jeling je kat villa tu. Tak terfikit pun nak pergi ke situ. Kalau aku pergi pun rasanya sekadar untuk mengambil gambar saja kot. He he…
MY said: Saja nak tengok penangan keyword ‘Villa Nabila’ kat blog ni…
(6717)
About The Author
Budak ni nak cari glamour kot..hehe..kesian kat mereka yg terlibat..huhu
agaknyelah…
huhu memang glamer sungguh…
tak pasal2 glamer habis villa ni..
jgn2, lepas ni nama nabila pulak yg meletop =)
sungguh tu…le nih memang senang nok glamer…
sekali update kat media sosial, sekejap je tersebar ke serata alam…
sape2 yang bernama nabila memang akan terkena tempiasnya…hehe
Sero po nok wak gitu gok la..hahaha
haha…buat boh jange dok buat…baru buleh pekdoh…
hahaha..buleh pedok ngn buleh belakang pare rasonya..haha
jange ditebeng boh…hahaha
Cerita akan semakin seru oleh pemberitaan media.hehehe