Setiap kali tiba 16 May setiap tahun, Hari Guru pasti akan disambut oleh semua lapisan usia tidak kira muda atau pun tua. Hari untuk mengenang jasa dan pengorbanan warga pendidik khususnya. Ada macam-macam cara dilakukan untuk menunjukkan ekspressi penghargaan kepada guru. Beri ucapan melalui kad ucapan (ada lagi ke?), kiriman SMS dan kini lebih popular melalui media sosial seperti facebook, tweeter, instagram dan whatsapp.
Sebenarnya guru ni meluas pengertiannya. Tetapi kalau sebut guru orang pastinya akan membayangkan cikgu-cikgu di sekolah. Tak kiralah sekolah rendah ataupun menengah. Guru ada macam-macam guru. Guru tadika, guru mengaji, guru silat, guru tari, guru sukan, guru menjahit, guru agama, guru bisnes, guru blog dan macam-macam guru lagilah. Memang banyak sangat tak tersebut aku di sini. Kan ada guru yang terasa hati sebab tak sebut nama dia.
Namun, guru paling awal sekali mendidik kita adalah ibu dan bapa. Ibu, ketika kita masih di dalam rahim sudah membisikkan kata-kata nasihat dan ilmu berguna kepada kita. Apabila kita dilahirkan, bapa mengalunkan azan di tepi telinga kita. Menyebut kalimah membesarkan Allah. Itu juga ilmu. Makanya, setiap insan yang menurunkan ilmu kepada kita, mereka adalah Guru. Jadi Hari Guru ini seharusnya ditujukan kepada mereka semua.
Aku tak nak mengarang panjang-panjang pasal Hari Guru ni. Aku cuma nak share satu puisi daripada rakan facebook bersempena sambutan hari guru untuk tahun ini yang mana temanya adalah ‘Guru:Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak’.
Susun bait demi bait
Pada papan pelajaran hidup
Selumbar kenangan jadi saksi
Liur mahupun airmata
Pada usangnya sang meja
Mahupun kerasnya si kerusi
Sesekali mengusap
Lembut helaian bicara
Dari mukasurat pertama
Bicara hingga ke noktahnya
Sesekali berbisik
Tawa dalam ceria
Sesekali terduduk
Penat tanpa suara
Siangnya menyulam cinta
Warna-warni kapur ilmu
Malamnya berjanji mesra
Pen merah teman setia
Ada yang bisunya tangis
Simpan diam dikotak azam
Demi leluhur warisan
Pelukis masa hadapan
Guru,
Kita membina ilmu
Menyempurnakan akhlak
Selamat Hari Guru, Cikgu
Titis peluh dan airmatamu
Jihad terakhir dari qalbu.
Senarai sekolah yang pernah aku jejaki untuk menuntut ilmu:
Sek. Tadika LKTP Tenang (1984)
Sek. Keb. LKTP Tenang (1985-1988)
Sek. Keb. (F) Rasau Kerteh II (1988-1990)
Sek. Men. Ketengah Jaya (1991-1995)
Kolej Yayasan Terengganu (1996)
Universiti Teknologi Mara (1996-1999)
Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah mendidik aku sehingga menjadi insan yang berguna.
(655)
About The Author
Sedap susunan puisinya..ooo demo dan gok tengok muko kawe dulu2 la..haha..kejap jah demo duk felda dihh…ingtkan pah habis sekoloh rendoh…
puisi itu ditulis oleh seorang cikgu dan juga seorang novelis…
bakpo dok de nyo boh…kawe ingat lagi muko demo 3 beradik…mugo kawe rajin gi derak rumoh demo atah bukit nung…hehehe
kawe duk Tene sapa tgh tahun darjah 4 jah…lps khatam quran kawe gi duk dgn mok ayoh kawe…