Author Archives: muhamad yusri

Selamat Hari Lahir Puteri Kembar ke 13 Tahun

Mengenang kembali detik indah 13 tahun yang lalu.

Pada jam 5.37 am, lahirlah seorang puteri yang diberi nama Nur Dhia Danisha. Selang 6 minit kemudian lahirlah pula seorang lagi puteri yang diberi nama Nur Adini Darwisya.

Kelahiran secara normal puteri kembar ini dari rahim isteriku yang tercinta Masliza Mohamed adalah satu anugerah yang tak ternilai harganya. Suatu kelahiran diluar jangkaan. Ku sangka seorang rupanya dua orang 😊. Jutaan terima kasih atas pengorbanan yang tak terhingga sebagai seorang ibu.

Segala persiapan yang dibuat adalah untuk seorang bayi. Apabila kelahiran unexpected anak kembar ini keadaan menjadi sedikit kelam-kabut. Semua keperluan bayi harus didoublekan 😅.

Itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan tentang kelahiran puteri kembar kami. Membesarkan mereka adalah satu pengalaman berharga yang bukan semua ibu bapa dapat mengecapinya.

Alhamdulillah… Dengan izin Allah kami dapat menjaga anugerahNya dengan sempurna.

Selamat hari lahir yang ke 13 tahun buat puteri kembar kami.

Semoga kalian cekal & tabah menempuh hari-hari yang mendatang.
Semoga dipermudahkan dalam segala hal, dimurahkan rezeki dan menjadi anak² yang solehah. In syaa Allah. Aminn…

(113)

Up and Down Blogging Life

Up and down blogging life

photo credit pixabay

Entri pada hari ini aku ingin kongsikan sedikit semangat dan emosi naik dan turun blogging. What is blogging is really about? It’s about people most of the time. Kenapa aku maksudkan begitu? Pembaca blog kita itu sendiri adalah seorang insan bernama manusia yang punya hati dan perasaan.

Apabila kita berblogging dengan penuh minat dan tekun, kadang kala sebaris dua ayat dari mereka sudah cukup membuat kita tersenyum dan terasa kepuasannya. Contohnya baris ayat ini; Continue reading

(136)

Deen ThreeKay Homestay di Kuantan

Deen Threekay Homestay

Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga tersayang, berjumpa sanak saudara ataupun memenuhi undangan perkahwinan di Kuantan, Pahang dan masih tercari-cari tempat penginapan ataupun  berpatutan serta selesa, anda boleh mencuba menginap di Deen Threekay Homestay.

Continue reading

(794)

Top Komentator Bulan Mei 2015

Assalamualaikum semua.

Lamanya tak mengadap blog ni. Ha ha. Bukan blog ni je, blog-blog lain pun. Bizi lah katakan. Bizi dengan kerja hakiki. Blog ni hanya sekadar di pinggiran. Rasa nak buat new post, aku buatlah. Tiada paksaan daripada sesape pun. Semuanya atas kerelaan hati. Kalau terpaksa tulis blog tu boleh jadi jiwa kacau jugak. Jadinya tulislah blog dengan ikhlas dan dengan jiwa. Barulah kandungan blog tu bermutu dan terserlah keasliannya.

OK. Straight to the point. Aku dah lame tak buat post macam ni. Last sekali bulan Ogos tahun lepas iaitu artikel Top Komentator Bulan Ogos 2014. Kali ni rase nak buat semula dan biarlah ianya menjadi rutin untuk setiap bulan. In syaa Allah.

Jom kita tengok siapakah empunya badan yang menjadi Top Komentator Bulan Mei 2015? Continue reading

(1257)