Khasiat Daun Ketumbit

Daun ketumbit ni mungkin ramai yang mengenalinya dan mungkin juga ramai yang tidak kenal bagaimana rupa pokoknya.

Pokok daun ketumbit ini boleh dikategorikan sebagai pokok herba juga. Ianya tumbuh meliar dan merata di kawasan tanah di kampung khususnya. Mungkin ada yang perasan dan ada yang tidak perasan akan kewujudan pokok ini. Saya sendiri pun kadang-kadang tertukar dengan pokok-pokok yang lain yang seakan-akan sama dengannya.

Pokok daun ketumbit ini juga mempunyai bunga kecil berwarna putih. Daunnya jenis memanjang dan agak tirus.

Apakah sebenarnya khasiat daun ketumbit ini? Orang tua-tua dulu mengatakan daun ini boleh dibuat ubat anak-anak kecil yang ada lelah atau batuk.


Di hadapan rumah saya ada beberapa rumpun pokok daun ketumbit yang tumbuh dengan segar sekali.
Sebenarnya pokok ini bukanlah tumbuh dengan sendirinya, tetapi memang dengan sengaja saya tanam. Benih pokok ini saya bawa dari kampung *xyl saya (Jeram Tekoh,Gua Musang). Saya taburkan di atas ruang tanah di depan tembok pagar yang tak seberapa luasnya. Mujur ianya tumbuh dengan baik sekali tanpa perlu menjaganya.

Tujuan saya menanam pokok daun ketumbit ini adalah untuk dijadikan ubat buat puteri kembar saya (Kakak dan adik) bilamana mereka sakit perut yang disebabkan oleh cacing di dalam perut.

Bagaimana cara untuk menyediakan ubat daripada daun ketumbit ini?
Petik beberapa helai daun ketumbit ini dan campurkan ia dengan sedikit kapur makan. Kemudian uparkannya di tapak tangan dan kemudian lumurkan pada bahagian perut dan bahagian belakang anak-anak yang sakit perut kecacingan. Jika anak-anak yang lelah atau batuk pula sapukan daun yang dah diupar dengan kapur makan tadi pada bahagian tekak. Ini adalah usaha dan ikhtiar kita untuk mengubati penyakit. Hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhnya. InsyaAllah…

Nota:*xyl = isteri,istilah yang digunakan dalam slang radio amatur.

(10361)

8 thoughts on “Khasiat Daun Ketumbit

  1. rizwan

    assalam
    sy sangat memerlukan pokok ketumbit ni.
    bolih bgthu dimana sy blh dapat.
    area johor pasir gudang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge