Category Archives: Isu semasa

Keputusan Peperiksaan PMR 2010

 Pengumuman mengenai tarikh keputusan PMR 2010 telahpun diwar-warkan melalui akhbar tempatan pada 16hb Disember 2010 yang lepas. Tarikhnya adalah pada 23 Disember 2010. Cuma tinggal 5 hari saja lagi untuk para pelajar tingkatan 3 mengetahui sejauh mana prestasi pelajaran mereka selama 3 tahun di alam sekolah menengah. Debaran pasti dirasai para pelajar dan ibubapa di seluruh Malaysia terutama pelajar yang mengambil PMR itu.

Kenapa post saya pada kali ini mengutarakan tentang keputusan PMR yang bakal diumumkan beberapa hari nanti? Ini adalah kerana saya merasakan bahawa topik ini juga boleh dikategorikan sebagai isu semasa yang harus diketengahkan juga di dalam blog.

Kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan ini, teruskan dengan solat hajat anda dan berdoa setiap hari agar keputusan yang bakal anda terima nanti adalah seperti yang anda harapkan. Tenangkan fikiran dan jangan terlalu stress memikirkan tentang keputusan PMR itu. Anda telah buat apa yang sepatutnya, anda pasti akan dapat apa yang dihajatkan. InsyaAllah…

Kepada ibu bapa serta penjaga, teruskan memberi support kepada mereka. Jangan meletakkan harapan yang melangit tinggi. Cukuplah dengan doa dan kata-kata semangat bermotivasi agar mereka sedar bahawa mereka sentiasa dihargai dan disayangi.

Bersama-sama kita nantikan keputusan PMR itu nanti…Good Luck!

(412)