Category Archives: Isu semasa

Keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Limau

Keputusan Pilihan raya kecil Sungai Limau

Keputusan Pilihan raya kecil Sungai Limau-PAS menang!

Keputusan bagi pilihan raya kecil Sungai Limau yang diadakan semalam telah memihak kepada calon PAS iaitu Mohd Azam Abd Samat. Beliau memperolehi 12,069 undi, mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi sebanyak 10,985 undi,

Pertandingan untuk kerusi Sungai Limau di antara Dr Ahmad Sohaimi Lazim (calon Barisan Nasional) dan Mohd Azam Abdul Samat (calon PAS). Continue reading

(772)

Apa Ada Pada WWW1

Sumber google image:Plet WWW1 milik Sultan Johor

Salam Semua,

Pagi ni tergerak hati nak tulis pasal issue yang paling hot pada ketika ini iaitu tentang harga bidaan tertinggi untuk plet nombor kenderaan dalam sejarah Malaysia. Ya, WWW1 telah berjaya dimiliki oleh Sultan Johor dengan nilai bidaan RM520K. Sejurus lepas tu bermacam-macam issue keluar dan dari pengamatan aku iannya lebih ke arah issue politik. Continue reading

(1411)

Cicak Tokek atau Pokke Untuk Dijual

tiga ekor cicak tokek yang dibela di Gua Musang

Fenomena apakah sebenarnya melanda tanahair kita pada masa kini? Sana-sini berceritakan tentang sejenis cicak yang digelarkan cicak ‘tokek’. Daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa, semua tahu cerita tentang cicak tokek ini. Tenggelam sudah cerita tentang ‘Cicakman’. Sungguh malang si cicakman,mahupun cicak kobeng.

Apa sebenarnya keistimewaan cicak tokek ini, sehinggakan ianya bernilah jutaan ringgit? Continue reading

(1386)

Piala Suzuki AFF: Malaysia Raja Asia Tenggara

Sumber foto:Metro

Jakarta,29 Disember 2010:Malam tadi telah menjadi satu sejarah buat Malaysia dalam arena bola sepak setelah menjuarai Piala Suzuki AFF edisi kelapan buat julung kalinya.Malaysia Berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Di dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia menundukkan Indonesia 3-0. Walaupun tewas 2-1 dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, gelaran ‘Juara’ tetap menjadi milik Malaysia. Biarpun dihujani bermacam-macam tohmahan dan kritikan dari pelbagai pihak,namun pemain Malaysia tetap utuh membawa nama Malaysia ke persada Asia Tenggara.

Kebangkitan dan kemenangan Malaysia di dalam Piala Suzuki AFF ini telah mencetus satu fenomena baru di dalam bidang sukan di Malaysia khususnya sukan bola sebak. Semoga kemenangan ini akan menjadi revolusi buat arena bola sepak di tanahair.

Semangat kesukanan demi Negara harus dipasak ke dalam setiap pemain agar kecemerlangan seperti ini dapat dikekalkan dan diteruskan di dalam setiap perlawanan tidak kira apa jua kejohanan.

Akhir kata, sejuta tahniah buat pemain-pemain bola sepak negara,jurulatih dan mereka yang terlibat di dalam kejohanan ini sehingga Berjaya mengharumkan nama Negara di rantau ini.

Malaysia…you are standing in the eyes of the world!

(380)