Nenda Pulang Ke Rahmatullah

 

Kubur nenda 'Mok Bidah'

 

Pada pagi Selasa 27 September 2011 , saya menerima berita tentang kematian nenda sebelah isteri saya iaitu emak kepada ibu mertua saya, ‘Mok Bidah’ yang tinggal di Kampung Pulau Besar,Palekbang,Tumpat,Kelantan. Saya dan keluarga bertolak dari Taman Bestari Indah,Ulu Tiram lebih kurang pukul 4.00 petang dan kami singgah di Kolej Komuniti Rompin untuk menjemput ‘Mok Dah’ iaitu adik ipar saya yang belajar di kolej itu pulang bersama-sama kami.

Lebih kurang pukul 3.30 pagi kami sampai di kampung nenda di Pulau Besar,Tumpat. Pada sebelah paginya, kami pergi menziarahi kubur nenda ‘Mok Bidah’ yang disemadikan tidak berapa jauh dari Pulau Besar.

Pemergian nenda ‘Mok Bidah’ pada umur 92 tahun tidak disebabkan oleh sebarang penyakit kritikal. Beliau cuma mengalami demam biasa dan kematiannya dispesifikasikan sebagai ‘sakit tua’. Pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas,kami sempat berjumpa dan bermaafan antara satu sama lain. Sungguh tidak diduga bahawa itu adalah pertemuan terakhir buat kami dengan beliau.

'Mok Bidah' tiga dari kiri

 

Nama sebenar nenda ‘Mok Bidah’ ialah Che Bidah Binti Che Ali. Beliau dilahirkan pada 29 Ogos 1919. Beliau seorang yang sangat baik dan tidak banyak bercakap seperti nenda sebelah bapa mertua saya iaitu ‘Mok Minah’. Walaupun beliau sudah berusia lebih 90 tahun namun kudratnya masih lagi kuat dan bertenaga. Pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas, bekalan air telah terputus dan beliau masih lagi berupaya berulang-alik mengangkat air dari sungai di hadapan rumah untuk kegunaan harian.

 

Sungai tempat mengambil air dan mandi jika bekalan air terputus

 

Beliau juga rajin meraut lidi kelapa untuk dibuat penyapu dan menjualnya kepada pekedai atau orang yang masih gemar menggunakan penyapu lidi kelapa.

Itulah serba sedikit tentang arwah nenda ‘Mok Bidah’ yang mana rumahnya menjadi tumpuan utama apabila kami pulang ke kampung pada setiap kali Hari Raya.

 

Rumah nenda Mok Bidah.Jangan ditanya kereta waja siapa yang bonetnya terbuka itu

 

Al-Fatihah buat nenda ‘Mok Bidah’…semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Amin…

‘Mok Bidah’ dalam kenangan (29/08/1919 ~ 27/09/2011).

(538)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge