Album Solo Ezad Lazim:Mengharap Bintang

Sudah agak lama jugak Ezad Lazim tidak muncul dengan lagu baru. Single terakhir beliau adalah ‘Bertemu Cintaku’ yang agak popular juga pada tahun 2010 tetapi tidak meletup seperti mana lagu ‘Jesnita’ ketika bersama dengan kumpulan Exists sebelum ini.Pada tahun ini Ezad telah muncul bersama dengan album baru bertajuk ‘Mengharap Bintang’.Album ini telah menyandarkan lagu ‘Percintaan Ini’ sebagai killer song dan seperti yang dijangkakan,lagu ini telah mula mendapat tempat di hati pendengar radio sejak iannya dikeudarakan.

Album Mengharap Bintang mula dilancarkan pada 22 Ogos 2011,terbitan Universal dan MVM.

Album ini mengandungi 10 buah lagu iaitu 5 lagu baru dan 5 lagu di rakam semula:

1. Mengharap Bintang (lagu baru)
2. Gambaran Sebuah Rindu (lagu baru)
3. Kau dan Aku Yang Dulu (lagu baru)
4. Tiba-Tiba Teringat (lagu baru)
5. Percintaan Ini (lagu baru)
6. Alasanmu
7. Dirantai Digelangi Rindu
8. Masih Terserlah Ayumu
9. Mengintai dari Tirai Kamar
10. Rindu Serindu Rindunya

Saya sudahpun mendengar berulang kali 5 buah lagu baru itu dan sememangnya terbaiklah! Konsep dan vokal Ezad masih lagi seperti dulu.Mantap beb!

Selepas ini saya akan cuba untuk mendapatkan album baru Ezad Lazim ini.

(784)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge