Sejunjung langit, sehamparan bumi,
Salam se ante flora fauna, anugerah yang difitrahkan,
Senang dan susah warna naluri, bertatah panji sejati.
Kata-kata di atas adalah kata aluan yang telah ku petik dari dalam album pertama kumpulan Panji yang bertajuk ‘Senang’. Album yang diterbitkan oleh Azam Dungun pada tahun 1993 ini begitu popular sekali dengan lagu-lagu seperti Kasih Yang Tak Pasti, Maizo dan Semilir.
Kumpulan Panji berasal dari negeri Terengganu yang mana penyanyinya, Norman merupakan orang Jerangau. Kumpulan Panji telah mengeluarkan album mereka yang kedua pada tahun 1996 dengan tajuk ‘Ada Lagi’. Antara lagu yang popular ialah Sayap Terluka. Selepas album kedua, tiada lagi album baru yang kumpulan Panji hasilkan. Malah cerita-cerita tentang kumpulan ini juga sudah tidak kedengaran samada di media cetak ataupun media elektronik.
Aku masih lagi menyimpan kaset album pertama kumpulan Panji. Kalian ada? Hehe. Kaset ini masih lagi di dalam keadaan yang baik dan sempurna. Cuma apa yang sayangnya adalah aku tiada pemain kaset. Dulu aku ada sebiji mini Hi-Fi yang aku selalu mainkan kaset-kaset lagu ataupun ceramah agama. Tetapi Hi-Fi tu telah aku buang dek kerana rosak. Kini aku tengin untuk mencari pemain kaset supaya dapatlah aku mendengar kembali kaset-kaset yang dalam simpananku.
Aku rasa tak payahlah bercerita panjang meleret-leret lagi pasal kumpulan Panji ini ataupun kaset-kaset aku yang banyak itu 🙂 . Marilah kita layan salah satu lagu kumpulan Panji berduet dengan Ameng dari kumpulan Spring yang bertajuk Kasih Yang Tak Pasti untuk Retro Sabtu minggu ini. Jika kalian ada cerita ataupun memori di sebalik lagu ini, silalah kongsikan di bahagian komen ya…adios…
(4276)
About The Author
Tak pernah pulak lagu kumpulan ni. Hehe.. Retro sangat ni.
mungkin bro terlepas dengar kot?atau pun bro terlalu muda time tu…hehehe
Terlalu muda rasanya.. Hehe
haha…muda remaja…
tau ada kump. ni tp tak pernag dgr lagu dia
Best lagu ni bro…try layan lagu Semilir pulak…pun best jugak…huhuhu
tak pasti pula dengan kumpulan panji ni, kalau Spring tu memang tau 🙂
tak pe bro…kumpulan Panji ni memang pasti wujud…layan bro…hehe
layan saja lagu ini sekejapp….
layan bro jangan tak layan…hehe
sedap lagu ni boh..ehh demo pakai lagi kaset??loni dop pakai doh boh..paka layan dalam telepon jah..hahaha
nostalgia tu boh zaman-zaman paka walkman dulu…study dengo walkman…naik bas dengo walkman…rare tu kaset loni…telefon dok puah boh dengo lagu…huhu
Aiseyman ini zaman bila bro. Tak kenal pon diorang ni..
Nak mintak tolong semua dan reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian
1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian
2. Klik butang G+ (Google Plus)
3. Jangan lupa follow blog Mummy!
Mintak sangat jasa baik korang.
Thanks
Zaman dulu-dulu…hehe
Ok mummy…nanti ada kelapangan saya ziarah…
Ambe kurang pasti. Mungkin mase tu ambe masih sgt muda…hehhee
Pepun, mmg retro!
p.s-rasanya mereka ambil nama Panji Alam
haha…loni pung muda lagi tu….
serius, memang tak tahu tentang kumpulan ni.
Lagu dulu-dulu memang tetap best.
betul tu bro…memang boleh layan sepanjang zaman…huhu
lagu panji ni femes gak, aku paling minat lagu sayap terluka, perghhh….mase tu aku dh tingkatan tiga…hahahaha
Yer bro…lagu Sayap Terluka tu dari album ke-2 Panji ‘Ada Lagi’ tahun 1996 . Penyanyi pun dah tukar iaitu Norman (gitarist).
Time saya dah habis SPM.huhu
memang layan…
ye mmg layan n lentok abis..pada saya lirik lagu tu mmg bestla..sampai sekarang ni saya masih dgr lagu tu..
lagu lama memang evergreen.
lagu sekarang macam mana?
Top sekejap je…tak de jiwa dalan lagu tu…
Vocalist saya Norman Panji dah pergi mengadap Ilahi pada jam 7.40mlm smlm hr sabtu 9dec.2017..di rumah kakaknya di Sungai Buaya, Dungun..Terengganu…Moga rohnya berada di sisi org2 yg beriman di alam sana..aaminn
Innalillahiwainnailaihirojiun…al-fatihah…salam takziah buat keluarga arwah Norman.