Retro Sabtu:Salju Di Danau Rindu – Mamat Exists

Ke mana menghilangnya Mamat bekas penyanyi kumpulan Exists ni ya? Sekian lama tidak mendengar berita sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Mungkin ramai masih mengenali penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan Janji Padamu pada sekitar awal tahun 90-an. Bahkan setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, lagu dendangan Mamat Exists yang berjudul Ku Pohon Restu Ayah Bonda pasti berkumandang di corong-corong radio serta kini di telefon-telefon mudah alih yang semakin canggih dan inovatif.

Kini nama Mamat Exists meniti kembali dari bibir ke bibir peminat industri muzik tanahair setelah kemunculan beliau di dalam satu rancangan reality tv terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza. Mamat beserta beberapa lagi penyanyi popular tanahair seperti Rahmad Mega, Ayai Illusi, Haleeda dan ramai lagi berentap menunjukkan kemantapan vocal dan persembahan masing-masing dalam Gegar Vaganza yang mana diadili sepenuhnya oleh juri-juri professional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim tanpa sebarang undianĀ melalui SMS daripada penonton.

Mamat Exists

Gambar terbaru Mamat Exists

Kenapa aku pilih Mamat Exists untuk Retro Sabtu kali ini? Tak de sebab lain dah, sebab aku suka dengan suara dan bakat beliau tu. Memang sebelum ni kita sedia maklum yang Mamat terlibat dengan kes-kes yang mengundang kontroversi. Tapi kini beliau telah bangkit daripada kejatuhan yang berpunca daripada kesilapan percaturan beliau sendiri.

Aku tahu ramai peminat-peminat di luar sana menantikan kemunculan semula Mamat di dalam arena muzik tanahair. Aku pasti tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan setiap penampilan Mamat Exists di dalam rancangan Gegar Vaganza pada setiap hari Ahad pukul 9.00 malam di Astro.

OK. Cukuplah membebel. Jom kita layan klip video daripada Mamat yang bertajuk ‘Salju Di Danau Rindu‘ dari album solo Mamat yang pertama berjudul ‘Mamat’ yang diterbitkan pada tahun 1995. Semoga korang terhibur hendaknya.

 

(1236)

4 thoughts on “Retro Sabtu:Salju Di Danau Rindu – Mamat Exists

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge