Aku ada satu cerita nak diceritakan kepada korang. Pada suatu tengah hari dalam sebuah bas…
Pelancong: “Hi, could you please tell me how to go to National Monumen?
Pelajar nakal 1: Wei National Monumen tu benda apa?”
Pelajar nakal 2: “Dia nak gi umah Mak Cik Maimun kot.”
Pelajar nakal 1: “Hish takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah Mak Cik Maimun. Ok you go straight.. don’t belok-belok. Don’t belok-belok! Straighttt jer… Ok?”
Pelancong: (Bingung)
Pelajar contoh: “Miss, I can help you, if you wanna go to National Monumen, you go straight and you’ll find a sign board. Then follow the sign board”.
Pelancong: “Thank you very much.”
Pelajar contoh: “Tu lah, orang suruh belajar tak nak belajar. National Monument tu Tugu Negara la.. Nah baca NST selalu. Senang dapat kerja.”
Mungkin korang pernah tengok iklan ini di kaca TV. Ya, iklan ini menggambarkan betapa sebahagian besar masyarakat Malaysia masih lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan korang? Apakah situasi korang sama dengan pelajar nakal di atas? Maksud aku, korang masih lagi tersekat-sekat dan teragak-agak untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun korang seorang pelajar universiti. Rentetan daripada ini juga korang sukar untuk memperoleh pekerjaan setelah menamatkan pengajian kerana masalah komunikasi Bahasa Inggeris. Continue reading
(918)