Komen dan Spam Komen

Ya.Penat sikit hari ni.Lepas ambil XYL dari tempat kerja dia,aku bawak dia dan harmonics pergi makan chicken chop yang mana merupakan salah satu makanan feveret kitorang sejak 2 menjak ni.

Perut dah kenyang baru rajin sikit nak bukak laptop untuk mengadap blog-blog sambil-sambil buat blog walking.

Hari ini semasa di dashboard wordpress aku, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Ia adalah angka komen terkumpul sejak penubuhan muhamadyusri dot com, sungguh tak disangka-sangka ianya telah menerima 47901 komen dari pembaca blog.Terima kasih buat semua yang sudi singgah dan komen di blog ni.

spam comments

Dan tidak terjangka juga blog aku ni telah menerima sebanyak 45810 spam komen. Jika dihitung secara peratusan ia menjangkau 95.6% dari keseluruhan komen di blog aku adalah spam komen.Huh!Awesome bukan?Ha ha ha.

Apa itu spam komen? Spam komen adalah komen yang tidak berkait langsung dengan artikel yang kita terbitkan. Komen-komen sebegini adalah komen sampah yang tidak perlu kita approvekan.

stop spam comments

WordPress ada pre-install akismet plugin untuk melawan komen spam,jadi aku hanya mengunakan akismet untuk melawan spam komen di blog aku yang ini.Tetapi terus-terang aku katakan yang aku dah tidak menggunakan khidmat akismet plugin lagi di blog-blog aku yang lain termasuklah blog ini. Jawapan aku mudah je, sebab ia memerlukan API key, yang mana aku tidak kuasa dan malas nak layan API key itu.

Alternatif yang terbaik plugin anti spam yang aku gunakan dikesemua blog-blog aku adalah WP-SpamFree yang mana ia adalah plugin yang percuma dan menjalankan tugasnya dengan baik dan aku gembira mengunakannya tanpa sebarang complaint.

wp-spamfree plugin

Jika korang ingin install plugin anti-spam ini korang boleh jumpa plugin ini dengan pergi ke Plugins > Add New funtion di wordpress dashboard. Ataupun korang juga boleh downloadnya di website plugin itu sendiri di sini >> download WP-SpamFree. Plugin percuma ini menjadi install check list setiap blog baru yang aku install. Jadi aku amat syorkan korang juga guna plugin anti-spam ini.Korang tidak perlu risau lagi dengan komen spam di blog korang.

MY said:Apa pula pendapat korang?Plugin anti spam apa yang korang pakai sekarang?Sila share.

(1013)

8 thoughts on “Komen dan Spam Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge