Category Archives: Agama

Istidraj Di dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.Syukur pada Allah Tuhan yang sebenar bagi semua makhluk yang ada di atas muka bumi ini dan juga di angkasaraya. Manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan, pokok, gunung, sungai dan sebagainya, termasuklah Malaikat. Semuanya dicipta oleh Allah ‘azzawajalla dengan tujuan semata-mata untuk menghambakan diri kapada Allah. Diberi nyawa, rezeki, pasangan laki-laki dengan perempuan serta jantan dengan betina.

Oleh itu sudah sepatutnyalah makhluk-makhluk ini wajib mengucap syukur dan berterima kasih kepada Penciptanya. Sentiasa mengingatiNya, menurut serta patuh ke atas segala perintahNya dan tidak melakukan apa-apa perkara yang dilarangNya. Umpamanya mulut kita sentiasa berzikir, bertahmid dan bertahalil memujiNya. Continue reading

(2754)

Hidup Adalah Anugerah Dari Allah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih dapat menyedut udara bersih lagi pada hari ini. Dapat make nasi ‘dage‘, roti canai telor, soto, minum teh tarik, milo ais dan macam-macam lagi. Tetapi ada kawan-kawan kita yg tak sempat bersama kita hari ini kerana ajalnya sudah sampai malam tadi. Ingatlah kita pada mati kerana pada bila-bila masa saja Allah boleh tarik nyawa kita ni. Sentiasa ingat mati pun dapat pahala. Sekurang-kurangnya 100 kali sehari…yang menulis entri ini pun kekadang lupa jugak. Itulah sifat insan. Tajuk entri kali ini rasa macam pernah aku dengar je, tapi di mana ye? Hah! Lirik lagu Hijjaz ni 🙂 . Continue reading

(1606)

Tazkirah Sempena Hari Raya Korban 1433 Hijrah / 2012 Masihi

Alhamdulillah.Syukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita dan dapat lagi ketemu pada hari yang mulia ini.Tetapi ada di antara saudara-mara,sahabat dan jiran-jiran kita yang telah pergi terlebih dahulu kelmarin dan semalam.Hendak atau tidak,mati pasti akan tiba jua.Hanya masa sahaja yang menentukan,bilakah pula giliran kita!

“Ya Allah lanjutkan umur kami kerana kami takutkan mati dan berilah peluang lagi kepada kami untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah kami.Sesungguhnya terlalu banyak dosa kami kepada Mu ya Allah….”

Selawat dan salam untuk Nabi Mu Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.Kami memohon syafaat mu pada Hari Berbangkit nanti dan juga untuk ahli keluarga dan sahabat-sahabat mu…Allahumma solli ‘ala Muhammad.Wa’ala ali Muhammad.

Antara fenomena di akhir zaman nanti ialah RAMAI yang mengaku Islam,tetapi TIDAK RAMAI yang melakukan perbuatan-perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang beragama Islam.Diantara yang ketara sekali ialah TIDAK SEMBAHYANG.

Tok Bilal sakit tekak melaungkan Azan.“HAIYA ‘ALASSOLAHHHH”.Mereka pula menjawab,“Hampa semayang ajalah….kami tak payahhh”.Masjid dibina makin besar dan luas,tetapi jemaah makin pudar dan tempias.Harapan kita moga di antara kita tidaklah sedemikian rupa.Semuanya baik-baik dan patuh belaka hendaknya.InsyaAllah. Continue reading

(2429)

Mencari Kesempurnaan Dalam Solat

Alhamdulillah syukur kepada Allah…dipanjangkan lagi umur kita untuk hidup sehari lagi…TETAPI jangkamasa kita untuk mati telah dipendekkan sehari lagi…syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezeki yang banyak dari pelbagai punca dan sumber….Allah telah memberikan kita nikmat untuk merasai rezeki itu…nikmat manis, pahit, pedas….bila kita minum dan makan….nikmat kenyang dan haus….dengan anggota yg diberi kita dapat merasai sesuatu….rasa sakit….rasa gembira…rasa sedih…..rasa boring…dan macam-macam lagi…tapi yang lebih penting ialah nikmat IMAN DAN ISLAM…..

Kalaulah nikmat-nikmat ini Allah cabut atau tarik balik daripada kita…APA AKAN JADI ????? Continue reading

(860)

Macam Mana Hendak Kusyuk Dalam Sembahyang?

Foto credit to iziblog

Alhamdulillah to Allah Almighty yang telah menghidupkan kita lagi pada hari ini walalaupun ada di antara kawan-kawan kita yang telah pergi untuk selama-lamanya pada malam tadi.Allah masih sayang pada kita tetapi kita sahaja yang tidak mahu rapat dengan Allah.Allah menyuruh kita menunaikan solat, kita berdolak-dalih dengan memberi pelbagai alasan…kurang sihatlah…tak terjagalah…pakaian kotorlah….masa tak ada lah…INGAT!Hadis Nabi ada mengatakan bahawa orang-orang Islam yang SENGAJA tidak mengerjakan solat,apabila ia mati nanti ditakuti matinya itu sebagai Nasrani atau Yahudi!Nauzubillahi minzaliq!Ingatlah itu….

Masalah utama dalam solat ialah MACAM MANA HENDAK KUSYUK DALAM SEMBAHYANG? Continue reading

(1079)