Yes…It’s Monday!
Monday blues ke korang pagi-pagi Isnin ni?Moh jom layan baca blog aku ni,hu hu. Ramai di antara kita yang tercari-cari apakah pengertian motivasi dan bagaimana memotivasikan diri? Aku juga seperti korang semua, kadang-kadang hilang motivasi dan kadang-kadang terlebih banyak motivasi. Ia ada naik dan turun.
Aku ingin kongsikan sedikit info tentang motivasi diri yang pernah aku baca dari penulisan seorang psikologi, apa itu motivasi? Adakah apabila kita sudah menyiapkan sesuatu tugas kemudian kita dapat motivasi? Adakah pujian daripada majikan atau rakan sekerja dapat memotivasikan kita?
Daripada penyelidikan yang beliau telah jalankan, beliau mendapati kedua-dua sebab tadi bukanlah sumber motivasi bagi seseorang, tetapi tahap motivasi seseorang itu datang daripada feel of progressing (perasaan kemajuan) dalam proses semasa menyiapkan tugas itu adalah motivasi sebenar. Cuba korang fikir-fikirkan. Betul tak apa yang beliau katakan itu?Ada juga kebenarannya kan?
Bagaimana untuk kita menghadapi Monday blues? Mulakan dengan melaksanakan tugasan yang kecil dahulu dan habiskan secepat mungkin. Kemudiannya beralih kepada tugas yang lebih besar dan habiskan secepat yang boleh. Mulakan daripada tugas yang ringan ke tugas yang lebih berat mungkin dapat menghidupkan motivasi korang untuk hari ini. Selamat bekerja..
MY said: Asal hari Isnin je rasa macam liat je nak gi kerja. Kenapa ek? Cer try komen sikit kawan-kawan.
(1095)
About The Author
Selasa cuti kan hhe
haha betul tu…hari 1 Malaysia.
kalau tambah komitmen sebenarnya lebih bagus. sbb motivasi akan lemah juga akhirnya. tp jika kita komit sungguh2 memang kita akan capai juga camne pun.
betul gak tu…komitmen akan membuatkan kita sentiasa berusaha untuk mencapai dan memenuhi keperluannya…
Biasalah..siapa yang tak suka duk bersahaja tanpa melakukan sebarang kerja..haha
duk sahaja dapat duit…huhu
pengalaman saya, bila kerja hari isnin ke jumaat mmg selalu rasa ada monday blues ni .. tapi bila saya kerja di negeri yg cuti jumaat sabtu suprisingly xde monday blues ni pada hari ahad rasa biasa je,, xde pun low mood..
adakah sebab namanya monday blues.. ada kaitan dengan monday je 🙂
yess, monday blues tu memang susah nak dielakkan, btw thanks for sharing