Suatu Pagi di Lebuh Raya Senai-Desaru

Lebuh raya Senai-Desaru atau pun Senai Desaru Expressway (SDE), kini menjadi antara laluan jalan raya utama di Johor. Lebuhraya yang menghubungkan di antara Senai, Ulu Tiram,Pasir Gudang dan Kota Tinggi ini juga dikenali dengan nama E22.

Selain menjadi jalan utama di Johor, SDE juga mempunyai daya tarikan tersendiri iaitu sebuah jambatan yang merentasi Sungai Johor yang tersergam indah dan begitu gah sekali binaanya.Walaupun tak sepanjang jambatan Pulau Pinang, tetapi warga Johor kini sudah tidak perlu bersusah payah pergi ke Pulau Pinang lagi kerana di SDE pun ada jambatan seumpama itu.

Jambatan Senai Desaru Expressway

Jambatan SDE tersergam indah merentasi Sungai Johor

OK. Cukuplah intro pasal SDE ni.

Saban hari aku berulang-alik dari Kulai ke Pasir Gudang demi mencari sesuap nasi buat isteri dan anak-anak tersayang. Memang SDE lah menjadi laluanku untuk pergi dan balik kerja. Aku selesa menggunakan SDE kerana aku bebas dari kesesakan jalan raya dan secara automatisnya masa untuk aku pergi dan balik kerja juga lebih pendek berbanding jika menggunakan jalan biasa. Masa begitu berharga buatku kini. Setiap saat tidak boleh dibiarkan berlalu dengan begitu sahaja.

Pagi tadi, seperti biasa aku keluar dari rumah untuk pergi kerja lebih kurang pukul 8.15 am dan melalui SDE dari Senai. Ketika tengah kusyuk memandu, mataku tertumpu pada fuel indicator pada panel dashboard kereta. Ya, minyak dah nak habis ni. Sebenarnya dari petang semalam lagi indicator tu dah berkelip-kelip mintak dituangkan minyak. Aku saje je hold dulu.Memang aku bercadang nak isi semasa on the way nak pergi kerja hari ni.

Jadi aku singgah kejap di stesen minyak Shell SDE yang menghala ke Pasir Gudang. Selesai mengisi minyak,aku start enjin kereta. Cubaan pertama, enjin tak boleh start. Aku cuba lagi beberapa kali, pun masih juga tak berjaya.

“Ahh!Dugaan apalah pepagi hari ni?” Aku merungut di dalam hati.

“Takkan minyak habis kot? Minyak baru lepas isi ni!” Keluh ku lagi seorang diri.

Ni mesti bateri kereta dah lemah dan tak cukup kuasa untuk menghidupkan enjin kereta. Tanda-tanda bateri dah lemah memang sudah ada beberapa hari lepas.Tapi aku je buat-buat tak tahu. Hah! Padahnya kena pada aku pagi ni.

Aku melihat jam di tangan. Aku sudah kesuntukan masa ni. Tanpa berlengah lagi, aku terus menghubungi pihak SDE untuk mohon bantuan.Panggilan telefon aku disambut dengan penuh lemah-lembut. Layanan sungguh mesra diberikan semasa aku membuat aduan. Telefonis itu memaklumkan yang bantuan daripada peronda SDE akan dihantar dan tiba segera. Dia memintaku agar sabar menunggu. Aku terpesona dengan suaranya. Dalam hati aku berkata tentu lawa awek yang menjawap panggilan telefon ku itu. He he.

Sementara menunggu bantuan tiba, sempat aku ke ‘bilik termenung’ untuk melepaskan hajat. Dari semalam lagi aku peram ni. Pagi ni baru rasa nak terkeluar.

Selepas selesai urusan di ‘bilik termenung’, aku pergi ke kereta semula. Selang beberapa minit, sebuah kereta bantuan daripada peronda SDE tiba. Sempat aku mencongak, lebih kurang 20 minit selepas aku buat panggilan tadi bantuan sudah tiba. Erm, cepat juga tindakan yang pihak SDE ambil ye.

Tanpa sempat untuk aku perkenalkan nama aku dan juga bertanyakan nama petugas SDE tu, dengan kata lain tak sempat nak beramas mesralah, petugas itu terus mengeluarkan wayar ‘jumper’ dan menyambungkannya di antara bateri kereta aku dan kereta SDE tu. Lebih kurang 5 minit enjin kereta aku sudah dapat dihidupkan.

Helps from E22

Bantuan ‘jumper’ bateri dari peronda SDE

Syukur Alhamdulillah. Berjaya juga kereta aku dihidupkan. Apa yang paling penting ialah aku boleh meneruskan perjalanan ke tempat kerjaku pagi ini.

Aku amat berterima kasih dengan pihak SDE yang telah menghulurkan bantuan pada saat yang amat aku perlukan. Bagi aku respon yang diberikan sangat cepat dan pegawai peronda yang sentiasa bersiap-sedia dengan peralatan yang lengkap dan pantas menghulurkan bantuan. Pada aku, perkhidmatan dari SDE memang TERBAIK. Aku syorkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah dan inginkan bantuan semasa berada di laluan SDE, silalah hubungi pihak SDE tanpa segan-silu kerana bantuan pasti dihantar dengan segera.

Talian bantuan/aduan SDE (E22 Hotline) : +607-8612222

MY said: Cerita Suatu Pagi di Lebuh Raya Senai-Desaru di atas adalah kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku dan aku cuma mengolah jalan cerita serta mengabadikannya di ruang blog ini. Semoga korang mendapat manfaat dan terhibur hendaknya.

(1344)

About The Author

4 thoughts on “Suatu Pagi di Lebuh Raya Senai-Desaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *