Salam semua,
Setelah beberapa minggu menunggu akhirnya sampai jua surat keputusan rasmi RAE 2012-2 dari SKMM. Surat ini telah aku terima pada 20 Februari 2013. Kenapa aku tunggu sangat surat ni? Bukan aku sahaja malah semua calon yang telah menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE) pada 19 Disember 2012 yang lalu dan telah lulus dengan begayanya sangat-sangat menantikan surat rasmi ini. Sebab utamanya adalah untuk membuat permohonan Apparatus Assignment (AA) bagi mendapatkan sijil pengendali Radio Amatur Kelas B.
AA ini boleh dikatakan juga sebagai lesen dalam Radio Amatur. Tanpa AA ini pengendali Radio Amatur tidak dibenarkan sama sekali memancarkan isyarat radio kepada pengendali Radio Amatur yang lain. Jika dilakukan juga perbuatan itu dikira sebagai satu kesalahan besar dan tindakan akan diambil oleh SKMM yang mana denda akan dikenakan dan segala peralatan radio yang digunakan akan dirampas. Jadi kenalah dapatkan kelulusan AA dahulu sebelum membuat perhubungan di udara.
Pada entry yang akan datang, aku akan kongsikan langkah-langkah ataupun cara untuk membuat permohonan AA ini. Jadi kepada penggemar Radio Amatur ataupun lebih dikenali sebagai Ham Radio, tunggu ya…Adios….
MY said: Tengah duk pikir-pikir apakah callsign yang nak dipilih ni?huhu 9W2???…kena register cepat-cepat sebelum callsign pilihan hati diambil orang.
(5734)
About The Author
serba boleh bro nie, keta pun tau, radio pun tau…
biase-biase je bro…sebab minat sangat…huhu
hoho..dah boleh pilih nama callsign dahh..
itulah…dah list down beberapa callsign dan check availability…nasib baik ada yang masih available…nak kena cepat submit..takut dikebas orang…huhu
molek ar boh…derah siket, kang melepas..hehe
sumbat dengan kesibukan keje etek nih…dakpe lah buat hok mane dang je dulu…huhu
Hehe..tahniah boh..demo dah berjaya tuh..cepat2 daftar sebelum dikebas orang..haha
terima kasih boh…itulah nak kena cepat ni…banyak bende lagi nok kena buat…huhu
Nanti demo oyat la daftar namo gapo..kot kawe buleh roger2..kot mimpi buleh ko?hahaha
meme doh boh…lamo doh ngide callsign tu…huhu
kito roger ikut blog jelah…lagi power…haha
ada jugak yer exam pasal radio.
ada bro…ini untuk Radio Amatur…bukan radio komesial macam sinar fm/era fm tu…
ini exam untuk aero communication je ek abe yus?
sekali dgn marine comm tak?
Kerol…Exam ni hanya untuk Radio Amatur je…yang mana RA ni juga salah satu drp aero comm.
Satu lagi exam ialah CW/Morse Code Test…juga salah satu drp marine comm…
so, nanti blh try apply keje kat marine traffic comm center jgk ke?
aero comm center pon dah gempak tu.. congrats abe yus..
RA ni more kepada hobby/interest…kalau untuk kerjaya requirements dia more to academic…
tahniah bro, emmm jangan lepaskan peluang cepat2 daftar 😉
terima kasih…betul tu…memang nak kena expedite ni…huhu
wah nanti nak tgklah keta mu pasang radio ni..
ada ar tu nanti tinggi2 dia punya antena…terbaik!
memang menjadi impian tu boh…tapi modal takdok lagi ni boh…huh…
maybe lambat lagi pasang mobile rig…kos agak tinggi…
nak start dengan handy je dulu…huhu
tak kiralah nanti nak tengok gak..
haha…ok bro…roger then…
nanti nak dgr sendiri bahasa radio ni…
tahniah boh!
moga lepas makin jauh langkah dalam radio ni..mana tau, dr hobi jadi kerjaya!
terima kasih boh…insyaAllah…
Pingback: Masih Tercari-cari Callsign Radio Amatur | muhamadyusri dot com
Pingback: 5 Tip Untuk Lulus Peperiksaan Radio Amatur | MUHAMADYUSRI DOT COM