Salam semua,
Hari ini genap umurku 34 tahun. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Apa agaknya yang istimewa pada hari ulang tahun kelahiranku tahun ini? Tiada apa-apa yang istimewa rasanya. Cuma aku telah mengambil cuti sempena hari ulang tahun kelahiran aku ini. Kenapa? Nak celebrate dengan family ke? Huhu…
Takdalah, aku ambil cuti kerana hari ini aku telah ke Melaka untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE). Peperiksaan ini telah di adakan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Aku pergi satu family sambil-sambil bawak XYL dan harmonics jalan-jalan.
RAE bermula pada pukul 2.00 petang. Berdebar-debar jugak masa duk dalam dewan. Maklumlah dah lama aku tak menduduki peperiksaan ni. Last sekali seingat aku masa final exam kat UiTM dulu.
Peperiksaan tamat pada pukul 5.00 petang tapi aku keluar pada pukul 4.30 petang. Awal 30 minit dari masa yang diberikan. Nak buat macam mana, aku tengok dah ramai calon-calon yang keluar dewan. Ada yang keluar selepas 1 jam peperiksaan berjalan. Teror betul mamat tu boleh siap jawab 100 soalan dalam masa 1 jam.
RAE ni mempunyai 100 soalan objektif. Senang cakap, ABCD lah jawapannya. Cuma pilih je satu jawapan. Soalan-soalan dalam dwibahasa. Bahasa Inggeris (BI) dan Bahasa Melayu (BM). Aku cuma baca soalan yang dalam BI je sebab tak berapa faham soalan dalam BM. Hahaha…
Banyak jugak soalan yang aku tak tahu jawapan dan hentam keromo dengan bergayanya. Kalau ada dadu mahu jugak aku lambung 🙂 . Serious aku cakap, aku study pun lebih kurang je. Nota tak baca habis. Contoh-contoh soalan pun tak sempat nak buat. Hanya sempat baca sepintas lalu je. Harapkan soalan elektrik dan elektronik je lah yang sememangnya formula duk dalam kepala sentiasa. Bab teori komunikasi memang ke laut lah aku.Huhu…
Berdoa saja lah semoga aku lulus RAE ni. Kalau tak nampak gayanya 9W2 belum boleh aku milikilah. Kena tunggu lagi 6 bulan lah untuk ambil RAE yang seterusnya. Apa-apa pun pengalaman menduduki RAE memang sungguh membanggakan aku. Semoga aku berjaya dalam RAE ni. InsyaAllah…
(2686)
Lain-lain Entri Yang Juga Menarik:
Semoga berjaya tuan.
daddydee recently posted..Review Movie : Upside Down
terima kasih boh…huhu
kita sebayalah…BTW mcmmana dgn test RAE tu okay tak..
hairulafiz recently posted..Wordless Wednesday # 11 : Besarnya buah nangka tu!
Oh ye ker…generasi ’78 lah kita…huhu
Test ok bro…banyak menembak…huhu
Apa-apa pun tunggu je result keluo…
muhamad yusri recently posted..Selamat Hari Lahir dan RAE 2012 Siri 2
mcm mane exam tu?
Manan Qayyim recently posted..Projek Bloglist 2013 MQ-Network
exam ok bro…ambe je yang tak ok…hahaha…
18 disember hari jadi demo?selamat hri lahir yang ke 34 la boh..mudo lagi tuh..haha..dan selamat lulus peperiksaan..demo meme minat bedo’oh menda ni..haha..kawe doa deh..Ya Allah berikanlah kejayaan untuk saudara hamba ni yusri lulus peperiksaan dengan jayanya dan seterusnya mendapat 9W2 idaman beliau..aminnn..hehe
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #40 – Meja Study Untuk Isteri
19hb 12 1978 boh…entri ni adalah backdate posting…haha…bizi yg amat…huhu
Kawe minat sungguh boh dengan RA ni…terima kasih boh atas doa yang diberikan tu…segala jasa baik demo hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh membalasnya…
Bereh2..kawe suko tgok saing2 berjaya..saing2 gumbira..biarlah kawe derita sikit tak apo demi saing2..derita banyak, kawe bakar hidup2 la saing tu…hahahaha…
Hafizul recently posted..How To Change Nickname In Website Alexa
baguh demo…berkorban demi kejayaan saing-saing…susoh nok jupo zame loni…huhu
Pingback: Keputusan Peperiksaan Radio Amatur RAE 2012-2 | Blog Yusri
Pingback: Keputusan Rasmi Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2012-2 | muhamadyusri dot com
Pingback: Selamat Hari Lahir Danial | muhamadyusri dot com
Pingback: Selamat Hari Lahir Buat Aku | muhamadyusri dot com
Pingback: 5 Tip Untuk Lulus Peperiksaan Radio Amatur | MUHAMADYUSRI DOT COM