Tag Archives: ramalanku benar belaka

Retro Sabtu : Bukalah Hatimu – Umbrella

Kumpulan Umbrella…foto kredit to zarulumbrella.com

Masih terngiang-ngiang lagi di diafragma telinga ku lagu Bukalah Hatimu daripada kumpulan yang top dan meletup pada penghujung tahun 1995. Harapnya betullah tahun yang aku letak ni sebab seingat aku masa aku tengah tunggu result SPM, aku selalu dengar lagu yang berentak samba ini dimainkan di kedai-kedai kaset di setiap stesen bas, pusat-pusat membeli-belah dan corong-corong radio. SPM aku pada tahun 1995, jadi confirmlah pada tahun 1995 album Seribu Rahmat daripada kumpulan Umbrella telah mula dijual di pasaran Malaysia. Untuk pengetahuan kalian, album ini telah terjual melebihi 90,000 unit. Satu angka yang memang sangat besar pada ketika itu. Kalau silap harap Bro Zarul Umbrella dapat perbetulkan :-). Continue reading

(1650)