Tag Archives: Retro Sabtu

Retro Sabtu:Salju Di Danau Rindu – Mamat Exists

Ke mana menghilangnya Mamat bekas penyanyi kumpulan Exists ni ya? Sekian lama tidak mendengar berita sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Mungkin ramai masih mengenali penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan Janji Padamu pada sekitar awal tahun 90-an. Bahkan setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, lagu dendangan Mamat Exists yang berjudul Ku Pohon Restu Ayah Bonda pasti berkumandang di corong-corong radio serta kini di telefon-telefon mudah alih yang semakin canggih dan inovatif.

Kini nama Mamat Exists meniti kembali dari bibir ke bibir peminat industri muzik tanahair setelah kemunculan beliau di dalam satu rancangan reality tv terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza. Mamat beserta beberapa lagi penyanyi popular tanahair seperti Rahmad Mega, Ayai Illusi, Haleeda dan ramai lagi berentap menunjukkan kemantapan vocal dan persembahan masing-masing dalam Gegar Vaganza yang mana diadili sepenuhnya oleh juri-juri professional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim tanpa sebarang undian melalui SMS daripada penonton.

Mamat Exists

Gambar terbaru Mamat Exists

Continue reading

(1292)

Retro Sabtu : Kasih Yang Tak Pasti – Panji

Sejunjung langit, sehamparan bumi,
Salam se ante flora fauna, anugerah yang difitrahkan,
Senang dan susah warna naluri, bertatah panji sejati.

Kata-kata di atas adalah kata aluan yang telah ku petik dari dalam album pertama kumpulan Panji yang bertajuk ‘Senang’. Album yang diterbitkan oleh Azam Dungun pada tahun 1993 ini begitu popular sekali dengan lagu-lagu seperti Kasih Yang Tak Pasti, Maizo dan Semilir. Continue reading

(4274)

Retro Sabtu : Bukalah Hatimu – Umbrella

Kumpulan Umbrella…foto kredit to zarulumbrella.com

Masih terngiang-ngiang lagi di diafragma telinga ku lagu Bukalah Hatimu daripada kumpulan yang top dan meletup pada penghujung tahun 1995. Harapnya betullah tahun yang aku letak ni sebab seingat aku masa aku tengah tunggu result SPM, aku selalu dengar lagu yang berentak samba ini dimainkan di kedai-kedai kaset di setiap stesen bas, pusat-pusat membeli-belah dan corong-corong radio. SPM aku pada tahun 1995, jadi confirmlah pada tahun 1995 album Seribu Rahmat daripada kumpulan Umbrella telah mula dijual di pasaran Malaysia. Untuk pengetahuan kalian, album ini telah terjual melebihi 90,000 unit. Satu angka yang memang sangat besar pada ketika itu. Kalau silap harap Bro Zarul Umbrella dapat perbetulkan :-). Continue reading

(1713)

Retro Sabtu : Dibadai Asmara – Sera

Pada pagi Sabtu yang dingin begini, teringin aku melayan lagu-lagu retro. Jadi, untuk entri pertama Retro Sabtu, aku kongsikan satu lagu daripada kumpulan muzik rock yang popular pada tahun 90-an. Nama kumpulan ini adalah Sera. Berasal dari Kelantan.

Kumpulan Sera…popular dengan lagu Dibadai Asmara

Ahli-ahli kumpulan Sera terdiri daripada:

  • Oyee-Vokalis
  • Uban-Gitar
  • Kamil-Gitar
  • Rahim-Bass Gitar
  • Zulkifli-Dram

Satu-satunya album kumpulan Sera bertajuk ‘Sentuhan Rasa’ terbitan pada tahun 1991. Antara tajuk lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti berikut: Continue reading

(5701)