Volkswagen memiliki teknologi yang boleh menyaingi kehebatan BMW dan Mercedes.Malah dalam banyak kes, model Volkswagen ini lebih berkualiti jika dibandingkan dengan dua jenama tadi.Cuma Volkswagen ini mungkin mempunyai masalah dengan imej dan rekabentuk.Orang ramai masih lagi mengingati model Beetle apabila dengar nama Volkswagen. Model Beetle sudah amat sinonim dengan Volkswagen.
Volkswagen nampaknya sekarang ini telah cuba bersungguh-sungguh untuk menembusi pasaran Malaysia.Boleh dikatakan sekarang ini selalu sangat keluar iklan untuk model Polo dan Golf di kaca Television.
Anda tahu apa makna slogan ataupun tagline Volkswagen ‘Das Auto’ di dalam iklan itu?
Secara umumnya ‘Das Auto’ adalah perkataan daripada Bahasa Jerman.Di dalam Bahasa Inggerisnya adalah ‘The Car’.Manakala di dalam Bahasa Melayu pula membawa maksud ‘Kereta’.
Apakah tujuan Volkswagen memperkenalkan tagline ini?
Tujuannya adalah lebih kurang sama dengan cara Coca-cola iaitu ‘cola soft drinks’ dan Hoover ‘the vacum cleaner’.
Walau bagaimanapun,kemungkinan orang ramai akan mula menyebut ‘VW’ bila mereka mahu sebut kereta.Huhu…
(1420)
About The Author