Pasal Road Tax dan Insurans Kereta

Apabila bercerita tentang Road Tax kereta,bermacam-macam perkara berlegar-legar di dalam kepala.Pasal Insurans…pasal saman…pasal geran…dan macam-macam lagi lah.

Jika sentuh pasal geran kereta.Kebiasaannya,jika bayaran ansuran bulanan pinjaman kereta cantik (tiada sangkut atau tunggakan),selepas 2 tahun,owner kereta sudah boleh memohon untuk keluarkan geran kereta dan terus simpan (ada juga 6 bulan tetapi jarang,setahun biasa dan ada juga sampai 5 tahun baru boleh buat keluar).Tetapi pihak bank amat susah hendak serahkan geran jika payment asyik lapse lebih 2 bulan dan pernah ada record kena tarik.
Bagaimanakah cara hendak keluarkan geran kereta?
 
Jika owner kerata sendiri hadir ke bank,isi borang sahaja dekat kaunter.
Tetapi jika menggunakan khidmat agen atau 3rd party,surat memberitahu bahawa dia adalah wakil kepada tuan kereta mestilah disediakan sekali.
Antara kelebihan apabila kita ada geran kereta pada simpanan kita sudah tentulah menyenangkan kita apabila hendak memperbaharui road tax.
Kita tak payah pergi ke bank lagi,jimat masa,jimat duit parking,tidak tension sebab traffic jam dan sebagainya.
Kita juga sudah dapat jimatkan kos daripada membayar kos upah RM10-RM30 untuk agen dan RM10 untuk bank charges.
Geran yang fotostat tidak boleh digunakan untuk memperbaharui road tax.Mestilah menggunakan geran yang asal.

Jika anda perasan,apabila kita memperbaharui road tax di pejabat pos,sekali-sekala kerani di kaunter akan sengetkan sedikit geran itu.
Apabila ditanyakan dengan kerani,kenapa buat demikian?Dia berkata untuk tengok tanda security.Rupanya,geran itu seperti duit kertas juga,ada gambar kepala harimau.
Sebenarnya,geran itu masih lagi menjadi milik bank walaupun kita sudah berada di dalam simpanan kita,sebab selagi kita tidak membatalkan hak milik dituntut dekat bawah geran itu.Apabila pinjaman sudah habis dibayar, pihak bank akan keluarkan release letter.Barulah boleh dicop batal hak milik di mana pejabat JPJ.
Semasa proses membuat road tax,cover note insurans sudah tidak perlu ditunjukkan kepada kerani di kaunter lagi,sebab kesemua data sudah ada di dalam sistem JPJ melalui sistem e-cover note ni.
Jika anda hendak memeriksa market value kereta,bolehlah check di dalam akhbar The Star dekat bahagian classified atau di dalam majalah motor trader dan paling mudah di laman web Ambank.
Jika geran berada terlalu jauh atau berlainan negeri,pergi pada mana-mana cawangan yang terdekat untuk urusan renewal.Biasanya bank tidak akan hantar terus ke rumah,tetapi owner dikehendaki mengambil geran di cawangan yang terdekat kerana untuk menanda tangani buku yang mengesahkan owner sudahpun mendapat roadtax tersebut.
Apa yang paling best adalah roadtax bole buat dibayar untuk tempoh 6 bulan jika tidak cukup duit untuk bayar 1 tahun).
Iyerlah,kebetulan pulak baru dapat baby ke,hendak sambut raya ke,anak-anak nak masuk sekolah ke,buat 6 bulan pun dah cukup dah untuk kereta nak berjalan.Tetapi tidak digalakkan sangat bagi insurans yang belum mencapai NCB 55%.
Pembayaran insurans boleh dibayar secara tunai ataupun dengan kad kredit.
Pembayaran roadtax pula hanya boleh dibayar secara tunai.Tetapi jika hendak bayar menggunakan kad kredit hanya boleh dibuat di JPJ Wangsa Maju sahaja. Serta pemilik mesti hadir sebab nama geran dan nama pada kad kredit mesti sama.Urusan akan ditolak jika nama tidak sama.
Black list biasanya jika ada saman lalulintas yang ditandatangan oleh owner sendiri.
Jika saman ekor,memang ada dalam rekod polis tetapi masih boleh memperbaharui road tax tanpa sebarang masalah.

(7657)

5 thoughts on “Pasal Road Tax dan Insurans Kereta

  1. Muhamad Al-Fateh

    Salam, sahabat.. Just nak dapatkan info dari kawan2…mcmane ye kalau kita nak beli insurans kereta via kredit kad.. Tambah lak kereta tu dah lebih 10 tahun ( kereta lama ).. Masih boleh ke kalu nak beli insurans dengan kredit kad ni?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge