Rasanya tentu kalian pernah tengok cermin kecil yang orang tampal pada cermin sisi kereta (side mirror). Cermin ni dipanggil cermin blind spot. Di sini, ingin sekali aku kongsikan tentang betapa pentingnya cermin blind spot ini. Mungkin sudah ramai yang pasang pada cermin sisi kenderaan masing-masing dan ramai juga yang belum memasangnya. Berkemungkinan ramai yang tidak mengetahuinya atau buat-buat tak tahu dan tak nak membazirkan duit membeli cermin itu.
Kenapa perlu pasang cermin blind spot?
Cermin blind spot ini dipasang pada cermin sisi kenderaan adalah bertujuan supaya kita menyedari kehadiran kenderaan lain di sisi pada sudut tertentu. Dalam keadaan biasa, kenderaan ini tidak akan kelihatan jika kita lihat pada cermin pandang belakang atau pun cermin sisi. Tetapi pada hakikatnya objek tersebut memang ada. Maka sebab itulah ianya dipanggil “blind spot” dan bukannya “blogspot”.Haha… Aku akan buat satu entry lagi yang akan menyentuh pasal blind spot ni dengan lebih details (jika ada masa lah).
Apakah yang boleh kalian nampak pada bahagian sisi jika tidak pasang cermin blind spot ni? Cer citer-cer citer. Boleh nampak ke tidak tayar belakang dan rim sukan 17 inchi kalian? Ha! Kalau pasang cermin ni kalian memang akan nampak tayar dan rim sukan belakang. Senang nak buat reverse parking dan boleh nampak tayar kat dalam petak parking atau tidak. Cubalah kalau kalian tak percaya?
Pada suatu ketika dulu, aku langsung tidak megetahui tentang cermin ni mahupun fungsinya. Pernah juga beberapa kali kereta yang datang dari sebelah kanan membunyikan hon apabila aku hendak menukar lorong dari kiri ke kanan. Malah hampir-hampir berlaku kemalangan. Jadi setelah aku mengetahui tentang betapa pentingnya cermin blind spot ini, aku akan pastikan cermin sisi kereta aku dipasang dengan cermin blind spot ini.
Kadang-kadang bila memandu kereta orang lain samada kereta company atau pun kereta sewa, aku akan merasa kurang selesa atau kurang berkeyakinan apabila hendak memotong atau menukar lorong. Jadi terpaksalah menoleh lebih sedikit bagi memastikan keadaan jalan betul-betul selamat.
Cerita di sebalik cermin sisi
Aku sudah beberapa kali juga beli cermin blind spot ni. Kalian tahu kenapa aku beli beberapa kali dan bukannya sekali je? Sebabnya adalah cermin sisi jalopy aku kena rembat (curi) walhal parking kat dalam kawasan saltmine aku kerja. Kali pertama terjadi (hilang sebelah kiri je) aku agak mesti ada yang gatal tangan dan telah umpil cermin sisi aku. Nak tak tak, kena beli kat kedai spare part cermin sisi yang baru. Lepas tu cermin blind spot pun kena beli jugaklah.
Selang 2 bulan lepas tu, perkara yang sama berulang lagi. Kali ini cermin sisi jalopy aku telah kena rembat kedua-duanya sekali (kiri dan kanan). Huh! Bertambah angin dan bengang aku. Dalam hati memang menyumpahlah. Siapa lah yang punya kerja ni? Member aku yang parking kat sebalah aku pun turut sama menjadi mangsa kehilangan cermin sisi. Memang sungguh misteri kes kehilangan cermin sisi kereta dekat dalam kawasan saltmine aku.
Sehinggalah suatu hari tu terbongkarlah misteri ini apabila mendapat maklumat yang mengatakan kecurian itu telah dilakukan oleh sang kera (monyet/beruk). Pada bahagian luar pagar ada kawasan semak dan pokok-pokok yang agak besar juga menjadi kawasan habitat beberapa ekor kera. Di situlah terjumpanya serpihan-serpihan kaca cermin sisi kereta yang telah dicuri selama ini. Setelah kerja-kerja pembersihan kawasan semak itu dilakukan, tiada lagi kes kecurian cermin sisi kereta dilaporkan.
Kalian agak kenapalah agaknya sang kera tu rembat cermin sisi? Pandai betul dia buka tanpa tinggalkan kesan pun. Aku rasalah mungkin dia terkejut apabila tengok kat cermin tu dia mendapati mukannya macam beruk 🙂 .
Moral of the story, aku menyarankan kepada kalian jika belum pasang lagi, molek benarlah pasang cermin ini pada hari ini juga. Kita boleh cuba elakkan kemalangan kereta yang tersayang. Tak mahal mana pun. Aku beli kat Econsave Desa Cemerlang baru RM3.90 je sepasang. Walau RM50 sekali pun tu kira murah lagi sebab jika kemalangan berlaku RM500 pun belum tentu cukup.
(7533)
About The Author
hoho..kalau ada memang bagus nih..
kena wajib ada ni bro…baru best bawak kete…huhu
Ambe belum pasang lagi. Nampaknya kena gi cari jugok benda ni, maklumlah kat kl ni org bawok kereta macam bawok kereta kebal…
terima kasih boh info ni…kang rajin2 tulislan byk lagi psl cermin kecek ni..hehe
kena pasang boh…confident level tinggi sikit…
insyaAllah kalu dang mari rajin tu ambe tulislah pasal cermin kecik ni..
Pandai betul monyet tu merembat yer.
itu lah pasal…duk imagine ni macam mana dia kelepek cermin tu?haha
Salam.
Memang penting. Kadang kadang kita dok rasa kat belakang kita takdak kereta, tapi kita silap agak, boleh bawak padah.
Salam.Betul tu bro…memang kena selalu beringat…sesaat alfa,menyesal tak sudah…
heheh baru jer belajar ri tu, ada titik buta yg memang kita tak nampak kereta disebelah tepi belakang kita, so nak kasi nampak cermin ni mmg patot digunakan.
teoritical memang macam tu lah bro…so dah pasang belum cermin tu?
bagus tip jalan raya ni bro…monyet tu nak tengok dirinya ensem ke tak
betul tu bro…hahaha
owh baru ku tahu apakah fungsinya
🙂
lepas ni boleh lah pasang bro…banyak faedahnya…huhu
ari 2 perasan gak bro, aku nak masuk lorong kanan 2, aku tengok sub mirror kanan dah tak motor, bila aku masuk tiba2 ada motor belakang 2 brek mengejut
ok insyallah
nasib baik tak jadi apa-apa kan…alhamdulillah
hahaha, tu la, tiba2 teringat
sb pagi2 dia pun nak telek muka..bersihkan gigi guna cermin juga..
haha…janganlah rembat kat kete orang…belilah kat kedai 2N ke?
bersabar jgn mrh2 nti hilang lagi heeee
insyaAllah harap-harap tak hilang lagi…huhu
Emm kawe lama doh pakai..sejak beli kereta lagi..nak gustang pun senang..hehe..tu kera tak berpelajaran ler tu..tak profesional..hahaha..
demo meme kelas kalu paka doh gak…bereh…
biasa tunggu jap dulu lepas bagi signal sebelum masuk lorong.. konfem kereta tak de la.. tapi bagus jugak ni, boleh bantu parking, memang bagus tu..
ingt de entry macam mana pasang, ke main lekat2 je? biasa tgk de kereta pasang, ingt sesaje je.. haha
tak buat pulak entry macam mana nak pasang cermin ni…tak susah pun,just tampal je kat cermin sisi tu…huhu
sedangkan monyet boleh bukak ikatan bungkusan roti gardenia tuh, jangan terkejut dia boleh kopak cermin kereta..hahaha..pakai tudung pun pandai tau..
haha…monyet zaman sekarang…serba boleh…
salam boleh emailkan alamat kedai spare part beli side mirror tu…sy punya side mirror pecah
Salam.Cik Eika bole pergi ke mana-mana kedai yang jual spare part kereta. Di situ pasti ada jual cermin untuk side mirror.