Hari Merdeka Malaysia ke 57

Salam merdeka,salam hari kebangsaan yang ke 57 tahun buat negaraku Malaysia tanah tumpahnya darahku.Sambutan hari merdeka sudah pastinya sinonim dengan kibaran Jalur Gemilang iaitu bendera kebanggaan kita.Di situ terletaknya maruah bangsa dan negara kita.Jadi tidak sah kalau jalur gemilang ini tidak dikibarkan.Tidak kiralah di mana-mana jua sekalipun.Di rumah-rumah kediaman,di bangunan pejabat,sekolah mahupun kenderaan.

Aku turut mengambil bahagian dengan memasang jalur gemilang di jalopy ku sebagai tanda sokongan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka.Korang pulak buat apa sempena hari merdeka kali ini yang temanya Di sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Hari Merdeka ke 57

Jalur Gemilang atas jalopy ku

Rasanya tak payahlah nak bercerita atau nak berhujah dengan panjang lebar pasal kemerdekaan ni.Korang pasti tahu apa itu merdeka?Bagaimana Negara kita merdeka dan siapa pejuang-pejuang yang berkorban demi mencapai kemerdekaan Negara.

Aku ingin kongsikan satu puisi yang mencuri perhatian aku di muka buku. Marilah kita sama-sama hayati setiap rangkap puisi ini.

Kalau tidak pernah dihambat penjajah,
Jangan gah bermegah-megah,
Andai diri selalu bermewah,
Jangan lupa asalnya tanah,
Jika hidup selalu indah,
Rapatkan saf doa ditadah,
Merdeka itu mahal harganya,
Berdirilah dengan bangga,
Kerana tanah air tumpah darah kita,
Kita yang punya,
Bukan untuk si penderhaka,
Mahupun pengkomplot dunia.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.
Aku sayang kamu.

#disinilahirnyasebuahcinta

Pada pagi hari merdeka ni,aku teringat satu lagu yang selalu aku dengar time study kat ITM dulu.
Lagu tu dinyanyikan oleh kumpulan The Official yang berasal dari Johor Bahru.

Proud To Be Malaysian

we are proud to be malaysian
we belongs to you
we will fight for you

we standing proud in our land
we always ready for you
we’ll never run
we’re happy living in here
we never scared we never fear
we’ll die for you

you’re number one
you’re home for everyone
you’ve got so many thing
we always want
you’re number one
you bring our life to shine
and you.. and you
never let us down

we are proud to be malaysian
we belongs to you
we will fight for you

Malaysia you are so great
there so much fun you serve
for me and my mate
Malaysia stand as one
where i was growing up free
where i was born

Meh kita dengo lagu ni kat youtube plak…

(1116)

About The Author

9 thoughts on “Hari Merdeka Malaysia ke 57

  1. Pingback: Top Komentator Ogos 2014 Pondok Kecil - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *