Khasiat Pucuk Kacang Botol

Kacang botol buat ulam ketika makan nasi memang best kan? Cicah dengan sambal belacan ataupun juga dengan budu. Tapi ramai yang tak tahu bahawa pucuk kacang botol juga banyak khasiat dan kegunaannya dalam perubatan.

Pokok kacang botol adalah sejenis tumbuhan sayuran yang tumbuh secara memanjat. Tak susahpun nak tanam pokok kacang botol ni. Ambil je biji benih dan timbus dalam tanah. Rajin-rajinlah siram dengan air. Memang mudah tumbuh dan membesar pokok kacang botol ni.

Pucuk kacang botol

Pokok Kacang Botol

Berbalik kepada khasiat daun atau pucuk kacang botol yang diperkatakan tadi. Antara kegunaannya dalam perubatan tradisional:

  1. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit.
  2. Manakala air bancuhan daun kacang botol pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul.
  3. Daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
  4. Pucuk kacang botol yang digumpal lumat bersama sedikit air boleh disapukan pada bahagian dada serta belakang kanak-kanak yang mengidap penyakit lelah atau semput.

Ya. Itulah serba sedikit khasiat daun dan pucuk kacang botol dalam perubatan alternative. Semoga dapat menjadi panduan bagi mereka yang memerlukan. Kita cuma berikhtiar dan berdoa selagi terdaya. Ketentuan adalah hanya daripada Allah S.W.T.

MY said: InsyaAllah selagi kita berusaha, pasti ada jalannya…

(5272)

About The Author

17 thoughts on “Khasiat Pucuk Kacang Botol

    1. muhamad yusri Post author

      same macam kawe jugok suka makan kacang botol…
      tu lah ramai yang dok tahu khasiat daun dia…
      kawe tahu pun sebab anok sulong kawe dulu ado nyakit leloh…huhu

      Reply
  1. Junainah Mohamed

    Banyak khasiat pucuk kacang botol ni rupanya. Saya suka makan buat ulam cicah budu…letak cili padi dan bawang sekali. Makan pulak dengan nasi panas-panas tatkala hujan lebat…fuhhh nyamannya…!

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      betul tu…petua tradisional jika kena dengan cara mujarab juga.InsyaAllah…

      Kacang botol memang feveret lah buat ulam.Kecur air liur Pn Jun cakap macam tu…hahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *