Laluan Terakhir Senai-Desaru Expressway dibuka malam ini

Pada malam ini tepat jam 12 tengah malam 10 Jun 2011, laluan ke Penawar (Desaru) dari Cahaya Baru (Pasir Gudang) akan dibuka kepada umum.

Tol percuma dari Cahaya Baru ke Penawar diberikan selama sebulan.Jika dari Senai atau Ulu Tiram, bayaran tol adalah seperti biasa mengikut kadar di bawah:

Senai-Ulu Tiram = RM3.70
Ulu Tiram-Penawar = RM4.70

Jadi ambillah kesempatan selama sebulan ini untuk merasai kanikmatan tol percuma ke Desaru kerana berkuat kuasa pada 10 Julai 2011, tol sebanyak RM5.90 akan dikenakan jika melalui tol Cahaya Baru-Penawar.

Perjalanan sejauh 27 km ini hanya mengambil masa cuma 45 minit sahaja berbanding hampir 2 jam jika melalui jalan biasa.

Jika anda melalui lebuhraya Senai-Desaru ini, anda akan dapat menaiki jambatan baru sepanjang 1.7 km merentasi Sungai Johor yang mana merupakan jambatan terpanjang menggunakan sistem ‘Single Strand Cable’ di dunia.

Saya rasa memang patut ambil kesempatan untuk melalui laluan ini dalam tempoh sebulan percuma. Jika hendak ke Tanjung Balau,Desaru atau Batu Layar untuk mandi-manda di pantai atau bercuti memang sesuai lah menggunakan laluan lebuhraya ini.

(1755)

About The Author

8 thoughts on “Laluan Terakhir Senai-Desaru Expressway dibuka malam ini

  1. muhamad yusri Post author

    betul tu bro….nasib baik kat atas jambatan baru tu jalan dua lorong…boleh gak nak slow untuk menikmati keindahan panorama kat atas jambatan merentasi Sungai Johor tu.

    Reply
    1. Patrycja

      salam suma ..aku duk kat penawar nie .bila tol dibkuak hari jumaat mmg ramai yng mencuba tapi semalam hari ahad perghhhhh jem berlaku begitu hebat..dari chya baru/tiram/senai memasuki tol tu punyalah jem smart tag jem,touch n go jem gak smpaikan guna lorong motosikal kat sblh tol tuk bayar tunai bila kat trapik light simpang kota-pengerang-tg balau tu kena pakai khidmat polis sbb trapik light dah tak bantu

      Reply
  2. Pingback: Suatu Pagi di Lebuh Raya Senai-Desaru | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *