Kenapa Sambut Hari Ibu?

Hari ini banyak betul update pasal sambutan Hari Ibu di media-media sosial seperti facebook, tweeter, instagram dan juga whatsapp. Ada yang beri ucapan. Ada yang mengirim gambar dan tak kurang juga yang tak buat apa-apa pun.

Ada juga yang berkongsi pendapat alim ulama tentang sambutan hari ibu ini. Ada yang kata haram menyambut hari ibu ni. Ada yang kata harus sambut dan ada juga yang tak kata apa-apa.

Persoalan sekarang, kenapa sambut hari ibu?

selamat hari ibu

Suber google image: Selamat Hari Ibu

Walau apa pun pendapat tentang sambutan hari ibu ini, bagi aku untuk mengenang atau mengingati jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak perlu ada hari tertentu. Ini adalah kerana ibu sendiri tidak pernah memilih satu hari tertentu untuk mendoakan keselamatan, kesihatan serta kebahagiaan anak-anaknya. Doa ibu adalah setiap saat buat anak-anaknya.

Jadi, setiap hari adalah hari ibu. Ingati dan kenangi ibu setiap masa. Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menyatakan pendapat tentang hari ibu ini. Itu adalah hak sendirian berhad.

Dalam banyak-banyak perkongsian pasal hari ibu di media sosial, aku pilih satu puisi yang berjaya menawan hati aku untuk membacanya berulang kali. Ianya bertajuk “Mulut Ibu Ini Lah“.

Mulut Ibu Ini Lah

yang pertama memanggil mu sayang

yang mendodoikan tidur mu

yang berdoa setiap masa untuk mu

yang menagih simpati bila tidak cukup duit untuk membeli susu, makanan dan ubat untuk mu

yang memarahi orang apabila orang memarahi, memukul dan mengkhianati mu 

yang merintih bila kau sakit dan cedera

yang beristighfar bila kau tidak mendengar kata, tidak mengendahkan nasihat dan larangannya

yang memuji mu walau engkau tidak sebaik mana

yang memujuk mu waktu sedih dan kecewa

yang memaafkan mu setiap masa

yang menyebut rindukan mu sehingga saat akhir sebelum dia menutup mata untuk selamanya…

Bondaku

Gambar Kenangan bondaku (duduk) bersama sahabat karibnya

Sudah lama aku nak tempek gambar di atas, tapi baru kini aku rasa macam bersesuaian dengan masa. Pasti ada rakan blogger yang akan terkejut beruk lepas tengok gambar ni. Dia akan tengok berulang kali kerana tidak puas hati. Dia akan zoom in gambar tu untuk mendapat kepastian. He he he…

Betul tak sahabatku Pondok Kecil?

OK. Aku doakan semoga ibu ku sentiasa sihat walafiat, dimurahkan rezeki serta, dilanjutkan usia dan dalam rahmat Allah selalu. Ampunkan dosa anakmu ini yang telah banyak melakukan kesilapan dan telah melukakan hatimu. Halalkan makan minum serta doakan semoga anakmu ini menjadi anak yang soleh serta berjasa kepada kedua ibu bapa.

cahaya mata

Putera-puteri ku, Cahaya Mata ku

Selamat hari ibu buat bondaku Bidah binti Idris serta isteriku Masliza binti Mohamed@Ismail yang menjadi ibu kepada cahaya mata kami. Jasa kalian tiada tolok bandingnya. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

(764)

About The Author

10 thoughts on “Kenapa Sambut Hari Ibu?

  1. Inspirasi Huda

    Selamat hari ibu dan hari ibu adalah setiap hari. Beruntung yang tinggal bersama dan jaga ibu. Beruntung lagi bagi yang dapat bersabar dengan leteran ibu dari kecil hingga dewasa.

    Reply
  2. Pingback: Selamat Hari Guru 2015 | MUHAMADYUSRI.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *