Hari ini dan esok adalah cuti umum sempena perayaan Tahun Baru Cina. Tahun ini adalah tahun arnab iaitu tahun keempat dalam kalendar qamari cina. Apa pengertian tahun arnab ini kepada orang cina? Tahun arnab adalah tahun yang amat sesuai sekali untuk memulakan perniagaan. Jadi, kepada anda yang mempunyai hasrat untuk memulakan perniagaan sama ada secara on-line atau pun off-line,bermulalah dari sekarang. Siapa tahu rezeki anda dipermudahkan pada tahun ini.
Semalam saya kerja separuh hari sahaja. Majikan saya membenarkan semua staff balik selepas rehat tengahari. Itulah salah satu specialnya saltmine ini. Setiap kali apa-apa perayaan tak kira Hari Raya Puasa ke, Deepavali ke dan Tahun Baru Cina, pasti akan mendapat kelonggaran untuk balik awal pada sehari sebelum cuti perayaan tersebut.
Pada setiap kali Tahun Baru Cina, buah limau mandarin memang tidak dapat dipisahkan. Mewah betul tahun ni dengan limau. Dapat dari majikan pun banyak juga.Jiran-jiran saya pun ada juga yang bagi limau. XYL saya pun banyak dapat buah limau dari saltmine dia. Huhuhu…makan limau jer lah sepanjang minggu ni.
Apakah signifikasi buah limau pada perayaan Tahun Baru Cina? Pada pendapat orang Cina,buah limau ini memberi makna kepada kemurahan rezeki dan melambangkan kekayaan. Jadi,semakin banyak limau diberi ataupun diterima maka semakin murahlah rezeki dan kekayaan seseorang itu.
Malam tadi tepat pukul 12 tengah malam, sungguh meriah sekali dengan dentuman bunyi mercun dan percikan bunga api yang berbagai warna. Jiran-jiran saya adalah kebanyakannya kaum Cina. Jadi memang meriahlah perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
(1033)
About The Author
Tips untuk Tahun Arnab:
Elakkan membuat ubahsuai rumah ataupun pejabat pada bahagian timur dan barat.