First Time Makan Ajitsuke Nori Seaweed

Ini adalah kali pertama saya tengok makanan yang dipanggil snek Ajitsuke Nori yang diperbuat daripada ‘Seaweed’.

Jika dalam Bahasa Malaysia ‘seaweed’ bermaksud ‘Rumpai Laut’. Snek Ajitsuke Nori ni adalah pemberian rakan sekerja saya yang berbangsa Cina. Terima kasih kepada beliau. Makanan ni jarang diketemui di Malaysia rasanya. Sebab tu pada mula-mula saya tengok snek ni saya ingatkan sejenis ‘tape’ ke apa sebab packagingnya macam handy plast.Huhuhu…

Rakan sekerja saya kata, jangan bimbang sebab snek seaweed tu halal dan boleh dimakan. Ianya diperbuat daripada rumpai laut dan tidak memudaratkan kesihatan.Malah ianya kaya dengan protein dan penuh dengan khasiat Iodin, Fosforus, Kalsium, zat besi dan vitamin.
Seaweed

Jadi saya cubalah makan satu keping snek tu. Rasanya boleh tahan sedap juga. Macam sotong kering pun ada.
Lepas tu makan lagi sekeping. Huh!Marvelous…memang sedap.

Sesiapa yang belum cuba lagi makan seaweed ni memang rugi…cubalah!

(2102)

12 thoughts on “First Time Makan Ajitsuke Nori Seaweed

  1. ana

    saya sangat2 ragu bila makan seaweed ajitsuke nori ni. mcm mna nak pastikan benda ni halal? sedangkan daging lembu pun negara china pun boleh jadi palsu?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge