Lagi Best BBQ & Steamboat di Taman Gaya

Restoran Lagi Best Steamboat

Restoran Lagi Best Steamboat

Malam tadi tergerak hati untuk membawa xyl dan harmonics saya keluar makan malam di luar.Dalam pada tanpa perancangan untuk pergi ke sebarang desinasi untuk menjamu selera tu, tiba-tiba terlintas untuk mencuba makanan seperti steamboat.Jika di kawasan berhampiran taman tempat tinggal saya ni, terdapat beberapa restoran yang menyediakan makanan seumpama itu.Salah satu tempat yang paling popular adalah Restoran Rawa di Taman Gaya,Ulu Tiram.Kumpulan lawak tersohor iaitu ‘Sepah’ juga pernah berkunjung untuk menikmati hidangan steamboat dan BBQ di restoran ini.

Tetapi saya telah mengambil keputusan untuk singgah menjamu selera di Okid Ria,Restoran Lagi Best BBQ & STEAMBOAT yang terletak berhampiran dengan Restoran Rawa juga.Restoran yang berkonsepkan buffet ini memang sesuai dikunjungi secara berkumpulan.Barulah meriah menikmati pelbagai jenis makanan BBQ dan Steamboat.

Di sini saya tak nak bercerita panjang tentang pengalaman menjamu selera di Okid Ria ini.Biarlah foto-foto di bawah ini menerangkan segala-galanya.

Lagi Best BBQ & Steamboat

Makan puas-puas

Lagi Best Steamboat

Lagi Best Steamboat…Bakor jangan tak bakor

Lagi Best Steamboat

Lagi Best Steamboat

Lagi Best Steamboat

Lagi Best Steamboat…udang,kerang dan macam-macam lagi

Lagi Best Steamboat

Lagi Best Steamboat…fresh lagi ni…

Lagi Best Steamboat

Lagi Best Steamboat…kita bakor je…
Lagi Best Steamboat

Lagi Best Steamboat….aiskrim pun best

Lagi Best Steamboat

Lagi Best Steamboat…Promo Board

Harga untuk makan buffet di Okid Ria ini adalah:

RM18.50 untuk orang dewasa

RM9 untuk kanak-kanak (9~12 tahun)

Makanlah sebanyak mana pun yang ingin dimakan.Pastinya anda takkan termakan semua jenis makanan dan hidangan yang terdapat di Okid Ria,Restoran Lagi Best,Taman Gaya.

Jika anda ingin mencuba, datanglah ke Taman Gaya yang terletak tidak berapa jauh dari Jusco Tebrau City dan Bandar Ulu Tiram,Johor.

Alamat dan nombor telefon Restoran Lagi Best BBQ & Steamboat adalah seperti di bawah:

No.31,Jalan Sasa 5,Taman Gaya,
81800 Ulu Tiram,Johor.
Tel:07-8614725/017-7099914
Operations Hours:5pm~12am

(4520)

About The Author

1 thought on “Lagi Best BBQ & Steamboat di Taman Gaya

  1. Pingback: Restoran Johor Steamboat | MUHAMADYUSRI.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *