Category Archives: Makanan

Promosi Pembukaan Johor ‎Steamboat

Restoran Johor Steamboat

Restoran Johor Steamboat

Restoran Johor Steamboat akan dibuka secara rasminya pada 18.05.2015 ini. Jadi, kepada warga Johor Bahru dan yang berdekatan dengannya sila kosongkan perut korang pada 18.05.2015 ini kerana Johor Steamboat akan belanja korang semua makan free‬ buffet steamboat bermula jam 8.00 malam sampai kenyang. Sudah pasti menu-menu gempak menanti korang semua. Sememangnya ‎berbaloi-baloi jika datang pada hari tersebut.

Sempena promosi pembukaan Johor Steamboat‬, tawaran berganda bukan setakat makan free pada hari pembukaan sahaja malah mereka juga akan terus belanja korang pada hari berikutnya iaitu pada 19.05.2015. ‎Diskaun‬ hebat RM10 Seorang (50% diskaun) pada pelanggan yang hadir pada hari tersebut. Continue reading

(2045)

Tapai Pulut Daun Getah

Ermmm.

Tapai pulut ni amat sinonim dengan Hari Raya. Jika di sebelah Pantai Timur, tapai pasti menjadi salah satu hidangan wajib. Actually, tapai pulut ni adalah salah satu makanan tradisi turun-temurun. Rakan karibnya ialah ketupat daun palas. Pelbagai jenis daun boleh digunakan untuk membungkus tapai pulut ni. Daun pisang, daun rambai, daun jambu air, daun keladi, daun koko dan daun getah.

Tetapi bungkusan yang paling unik bagi aku adalah daun getah kerana ianya mempunyai 3 helai daun pada setiap tangkai. Jadi ada 3 biji tapai lah untuk setiap tangkai.

tapai pulut daun getah

Tapai pulut daun getah 3 serangkai

Rasa tapai pulut ni sangat manis walaupun tidak dicampur dengan gula semasa proses membuatnya.
Banyak pantang larang yang mesti diikuti untuk mendapatkan rasa tapai yang terbaik. Continue reading

(5953)

Keropok Lekor Oh Keropok Lekor

Salam Semua,

Hari ini pagi-pagi lagi dah memecut 4G18P aku menuju ke Terminal Bas Larkin. Aku mendapat SMS dan call dari pakcik aku yang memberitahu barang yang aku order telah dihantar dan akan sampai pada pukul 8.00 pagi di Larkin. Barang apa sebenarnya yang aku nak pergi ambil ni? Macam penting dan gempak je bunyinya. Haha…

Sebenarnya aku pergi ambik keropok lekor yang telah aku order pada hari Jumaat yang lepas. Memang kebiasaannya aku mintak pakcik aku hantar pada hari Sabtu malam dan aku boleh pergi ambil pada pagi Ahad. Keropok lekor tu dihantar dengan cara ‘tumpang’ bas ekspress yang datang dari Kelantan dan menuju ke Johor Bahru. Walaupun ‘tumpang’ tapi tetap ada juga bayaran dan bukannya free. Continue reading

(8529)