Macam Mana Hendak Kusyuk Dalam Sembahyang?

Foto credit to iziblog

Alhamdulillah to Allah Almighty yang telah menghidupkan kita lagi pada hari ini walalaupun ada di antara kawan-kawan kita yang telah pergi untuk selama-lamanya pada malam tadi.Allah masih sayang pada kita tetapi kita sahaja yang tidak mahu rapat dengan Allah.Allah menyuruh kita menunaikan solat, kita berdolak-dalih dengan memberi pelbagai alasan…kurang sihatlah…tak terjagalah…pakaian kotorlah….masa tak ada lah…INGAT!Hadis Nabi ada mengatakan bahawa orang-orang Islam yang SENGAJA tidak mengerjakan solat,apabila ia mati nanti ditakuti matinya itu sebagai Nasrani atau Yahudi!Nauzubillahi minzaliq!Ingatlah itu….

Masalah utama dalam solat ialah MACAM MANA HENDAK KUSYUK DALAM SEMBAHYANG?

Kadang-kadang Pak Imam pun tersasul,seperti lupa rokaat,lupa Qunut,lupa tahayyat awal.Itu adalah tandanya tidak kusyuk dalam sembahyang.
Macam-macam cara orang buat supaya bagi kusyuk dalam solat ni.

Diantaranya adalah seperti:-

1) Pejam mata ketika solat ( kalau solat seorang diri,bahaya….manalah tau ade tahi cicak ‘kow-kow’ punya yang masih panas jatuh kat tempat sujud…tak ke naya tu…bertanda ‘nandek’ kat dahi….batal solat )
2) Baca kuat-kuat dan slow sikit kalau seorang diri…kalau berjemaah,haru dibuatnya….mengganggu jemaah yang lain.
3) Kalau berjemaah,bila Imam baca,ikut Imam baca di dalam hati.
4) Imam baca Fatihah dan Surah, kita ikut baca maknanya dalam hati..
5) Bila Imam baca, kita sebut Allah..Allah..Allah.dalam hati..

Apa yang lebih utama ialah ketika kita berdiri untuk solat,samada seorang atau berjemaah,hendaklah kita tanamkan sifat EHSAN di dalam hati kita….iaitu kita sembah Allah saperti kita melihat Dia berada di sisi kita dan kita yakin bahawa Allah sentiasa ada melihat kita bersolat.
Cara ini dapat membantu untuk kita lebih kusyuk dalam solat.

Kalau nasi dah siap dihidang,kita pula tengah lapar,waktu dah masuk dan kita solat seorang diri,eloklah ‘sorruuuu’ dulu….dah habis barulah solat…dikhuatiri minda duk asyik teringat kat nasi aje…

Memang susah hendak kusyuk dalam solat,tetapi kita kenalah berusaha.Bacalah “Auzubillahi minasyauthonirrajim”….mula-mula.Lepas itu niat dan angkat takbiratul ihram.

Cubalah..semoga kita berjaya.Insyaallah…

Jika anda mempunyai sebarang pendapat tentang cara macam mana hendak kusyuk dalam sembahyang,silalah kongsi di bahagian komen.

(1031)

6 thoughts on “Macam Mana Hendak Kusyuk Dalam Sembahyang?

  1. Anonymous

    ingtkn x boleh pejam mata dalam solat (takut jugak nk pejam mata nt takut x sah solat 2..) lega lh kalau boleh wat cm2

    Terim kasih!

    Reply
  2. Pingback: Hidup Adalah Anugerah Dari Allah | Blog Yusri

  3. Pingback: 7 Amalan Harian Yang Patut Diamalkan | muhamadyusri dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge