Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Ke 2 Piala Malaysia 2011

Perlawanan bola sepak separuh akhir ke 2 Piala Malaysia 2011 malam tadi menyaksikan pasukan Terengganu menang dengan bergayanya apabila menewaskan pasukan Selangor 2-1.Terengganu yang berbekalkan kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama separuh akhir di Stadium Shah Alam,ternyata begitu hebat untuk ditewaskan lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri yang dihadiri puluhan ribu penyokong skuad Penyu ini.Kemenangan Terengganu dengan aggregat 4-1 telah melayakkan pasukan ini ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29 Oktober 2011 nanti.Sekaligus menguburkan misi 33 Selangor untuk menjuarai Piala Malaysia.

Manakala di Stadium Paroi,Negeri Sembilan pula menyaksikan pasukan Negeri Sembilan memenangi perlawanan timbal balik menentang pasukan T-Team juga dari Terengganu dengan keputusan 2-1.Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan aggregat  6-3 menentang Terengganu.

Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia  22 Oktober 2011

        TERENGGANU [ 2 ] – [ 1 ] SELANGOR

        NEGERI SEMBILAN [ 2 ] – [ 1 ]T-TEAM

             Tamat perlawanan

            Keputusan Aggregat Penuh

            Terengganu [ 4 ] – [ 1 ] Selangor

        Negeri Sembilan [ 6 ] – [ 3 ] T-Team

Terengganu dan Negeri Sembilan layak ke Final Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober ini.

Nota: Peteh Teganu Peteh!Peteh Teganu Peteh!Peteh Teganu Peteh!Peteh Teganu Peteh! Semangat giler nih sebab pasukan negeri ambe buleh masuk final….hehehe.Jupe mung di nung!

(425)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge