Tag Archives: Electronics Communication

Aku Dan Radio Amatur – Part 1

Terdetik hari ini untuk aku berkongsi dengan korang serba sedikit tentang bagaimana aku boleh terjebak dengan dunia Radio Amatur (RA) atau Ham Radio ni. Aku rasa elok jugak aku ceritakan benda ni kerana secara tidak langsung aku boleh jadikan rujukan untuk aku mengimbas kembali detik-detik perkenalan aku dengan RA ni. Amateur Radio

Aku mula mengetahui tentang RA ni ketika menuntut di Intitut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam atau lebih dikenali dengan UiTM (FYI:ITM diisytiharkan berstatus Universiti pada tahun 1999 iaitu ketika aku berada di tahun akhir pengajian Kejuruteraan Elektrik). Major subjek aku ketika itu adalah Electronics Communication. Ya, dalam subjek itu lah aku diperkenalkan dengan RA iaitu salah satu applikasi di dalam telekomunikasi. Teori tak berapa nak faham sangat time tu. Tetapi praktikal je yang seronok. Dapat belajar menggunakan alat-alat komunikasi. Paling best boleh pantau perbualan 2 hala di talian telefon. Kalau kena dengan tune dapat dengar couple yang tengah bergayut. Tersenyum sorang-sorang kalau aku ingat kembali kenangan itu. Korang sendiri boleh agak kan apa yang aku dengar.He he. Continue reading

(4016)