Tag Archives: Juara Piala Malaysia 2012

Gomo Kelate Gomo

Kalimah keramat

Gomo Kelate Gomo! Satu kalimah keramat yang mana kini begitu lantang dilaungkan oleh semua peminat bola sepak tanahair umumnya dan anak-anak Kelantan khususnya. Lebih-lebih lagi bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada malam ini di Stadium Shah Alam. Perlawanan di antara Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda dan miskin atau pun kaya.

HOT! PROGRAM AFFILIATE JOB DIRUMAH

Pelbagai andaian dibuat mengenai pasukan yang akan menjuarai piala keagungan bola sepak negara. Ramai yang mengatakan Kelantan mempunyai kelebihan daripada segi pengalaman bermain di medan perlawanan akhir serta semangat juang yang tinggi di kalangan pemain serta para penyokongnya. Rakyat Kelantan di serata negeri pasti berpusu-pusu menuju ke Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan yang padu kepada pasukan bola sepak Kelantan. Tidak kurang hebat juga dengan pasukan ATM. Kelayakan mereka sehingga ke peringkat akhir merupakan satu pencapaian yang amat luar biasa. Jika tiada kekuatan dari segi mental serta teknikal, mana mungkin mereka boleh sampai ke tahap itu. Continue reading

(7970)