Semalam 21 April 2014, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan tentang Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri 1 bagi tahun 2014. Butiran lengkap berhubung peperiksaan ini adalah seperti berikut:
Permohonan untuk menduduki peperiksaan ini boleh dibuat secara online atau pun secara manual dengan menggunakan borang permohonan bercetak. Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi SKMM atau di URL SKMM. Borang bagi permohonan secara manual boleh juga diperolehi dari laman sesawang rasmi SKMM dan di semua Pejabat Wilayah SKMM.
Yuran yang perlu dibayar bagi peperiksaan ini adalah sebanyak RM50.00. Jika permohonan secara online, pembayaran yuran boleh dibuat secara pemindahan wang. Manakala permohonan secara manual perlu dijelaskan melalui Wang Pos Malaysia, Kiriman Wang atau Draf Bank atas nama ‘SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA’.
Cara-cara untuk membuat permohonan RAE secara online, sila klik link di bawah:
Permohonan Peperiksaan Radio Amatur Online
Jadi kepada semua yang berminat untuk mendapatkan lesen radio amatur terutama Ham Radio yang mana bercita-cita untuk mempunyai callsign sendiri bagi mengendalikan Radio Amatur secara sah, bolehlah menghantar permohonan secepat mungkin. Maklumlah jumlah calon bagi RAE ni adalah terhad. First come first serve.
MY Said: Selamat mengisi dan menghantar borang permohonan RAE 2014-6.
(4023)
About The Author
Teringin jugak punya stasiun radio macam dulu
saudara juga berkecimpung dalam Amateur Radio ya?
apa callsignnya?
radio amatur ape ye?…
kita bukak stesen radio sendiri ke…
Bukan mcm stesen radio komersil tu bro…
radio amatur ni merupakan salah satu cabang dalam sistem telekomunikasi…bole try google untuk mendapatkan info yang lebih lanjut…thx
Pah demo anta dop agi borang tu??Study molek la wehhh..hahaha
kawe ambik doh exam ni tahun 2012 boh…
lulus dgn bergayanya…hahaha…
ni sekadar info utk penggemar Ham Radio…
Cocok banget infonya. terimakasih
nice, goog stuff, share juga tema brodcastinng
Dah sebulan jadi SWL baru hari ni register untuk exam RAE 2014-12…
Risau juga sebab tak tau apa-apa lagi pasal HAM..
Yus boleh cadangan apa-apa buku atau bahan rujukkan yang boleh membantu?
Jadi Ez akan ambil RAE minggu depan ke?
OK.Ez baca nota yang kat web site SKMM.
Pastu baca dan practice soalan basic electronics..ohm law especially…
then cuba try buat contoh2 soalan yang lepas.
In syaa Allah boleh lulus…