Tag Archives: Jelly Bunny Malaysia

Yey!Sudah Sampai.

Dalam entri yang lepas iaitu mengenai Jelly Bunny, aku ada kongsikan sedikit info khas buat pembaca di blog yang naif lagi daif ni. Memang ramai yang memberi feedback mengatakan tidak pernah dengar tentang produk jenama Jelly Bunny. Aku sendiri pun baru-baru ini je tahu pasal kasut yang berbau wangi dan harum bak gula-gula.

Memandangkan di Johor ni belum ada lagi butik atau pengedar kasut Jelly Bunny, aku telah mintak tolong dengan adik ipar aku yang tinggal di Penang untuk membeli sepasang kasut Jelly Bunny itu. Khas buat XYL aku yang tercinta. Hu hu.

Melalui Whatsapp, kami berhubung dalam pada membuat pilihan warna dan design kasut yang berkenan di hati ketika adik ipar aku berada di butik Jelly Bunny. Senang betul pakai Whatsapp kan? Dah lah free, cuma nak kena ada access internet je. Continue reading

(2483)

Sedikit Info Tentang Jelly Bunny

Jelly Bunny.

Apa benda ni? Sumi Jelly manis dikacukkan dengan Bugs Bunny ke apa? Macam sedap je. Macam best je…haha. Sebenarnya aku baru je dengar pasal ni. Itu pun sebab XYL aku yang duk selalu cerita pasal benda ni dan juga ada orang duk share kat FB. Benda apa sebenarnya Jelly Bunny ni? Senang cerita Jelly Bunny ni adalah satu jenama kasut yang diperkenalkan oleh Injected Republic (Thailand) Co.,Ltd. Pada tahun 2011. Kasut diorang ni diperbuat daripada material semi-transparent.

Selesa ke pakai kasut ni? Aku tak tahu sebab aku tak pernah pakai kasut ni. Dah la ini kasut pompuan. Tapi rata-rata komen daripada mereka yang pernah pakai mengatakan kasut ni adalah yang paling selesa dalam banyak-banyak kasut.

Kasut Jelly Bunny

Sumber:Google Image…Kasut Jelly Bunny

Kasut Jelly Bunny ni didatangkan dari Thailand dengan pelbagai design. Ada pelbagai potongan dan juga saiz. Setiap design juga mempunyai nama yang unik juga.

Meh tengok kenapa kasut Jelly Bunny ni teramat selesa. Continue reading

(4630)