Tag Archives: nasihat untuk kebaikan

Bukan Susah Nak Tambah Pahala

Ya.

Kalau bab solat ni ramai antara kita yang liat nak menunaikannya kan?

Bukan nak duduk sampai 2 hingga 3 jam pun kita solat.

Bukan nak tunggu mandi dulu baru boleh solat (jika tidak dalam keadaan hadas laa).

Bukan nak kena pakai baju lawa-lawa pun.

Bubuh minyak wangi pun bukan wajib.

Nak kena pergi ke surau atau masjid ke baru kita nak solat?

5 minit satu waktu tu sudah cukup kalau solat sorang diri.Kalau nak pahala lebih,kenalah solat berjemaah.Selepas solat subuh tu,sambil-sambil pergi kerja tu,ajaklah bibir kita berwirid memuji Allah.“Subhanallah…istighfar ke…tahlil ke…”

solat jemaah

Solat berjemaah di masjid Gambar Ihsan Google Images

Balik kerja petang,mandi cepat-cepat dan pergilah ke masjid atau surau bagi yang laki-lakilah.Berjemaah solat Maghrib.Jika tak ada kuliah Maghrib,tunggu dulu dan jangan balik lagi.Baca-baca lah al-Quran sampailah masuk waktu Isyak.Solat jemaah lagi.Dah habis balik lah.Kalau ada kuliah, bukalah telinga kita untuk dengar kuliah. Continue reading

(1399)